Bakal Menantu Mak Awak

lama sgt tak wat review novel
and lama sebenarnya..dah tak baca novel
mood membaca ke laut...

so..jom baca skt..
revie Mummy Ayu pasal novel from my fav writer..Syamnuriezmil
"Bakal Menantu Mak Awak"

blurb kat belakang novel....
Setelah dua tahun bertunang, Adinda Zuleikha akhirnya ditinggalkan Hafiy Mukhlis dengan sekeping kertas. Walaupun Hafiy menyatakan dia buat semua ini gara-gara mama dia menghidap kanser hati... Adinda tak mahu peduli. Dia tekad untuk meninggalkan Hafiy sehinggalah muncul Jad Iman Lee.

“Mau... Saya mau booking itu cute-cute amoiii, lapan jam... Enam hali... Isnin sampai Sabtu. Belapa halga cute-cute lu mau kasi saya? Termasuk halga saya kena tipu...”

Jad merupakan anak Mak Cik Susan, pesakit yang dijaga Adinda. Percintaan Jad dengan Nellysa selama tiga tahun itu turut terputus akibat permintaan terakhir mami Nellysa yang juga menghidap kanser hati.

“Dia orang tu tipu kita, Dinda. Mak dia orang tu tak ada kanser hati. Nelly dan Hafiy saje reka alasan tu untuk putus dengan kita. So, apa kata, kita pula yang kenakan dia orang pula. Kita dua kantoikan dia orang! On ke tak on?”

Terkejut dengan alasan Hafiy dan Nellysa yang sama, Jad mengajak Adinda untuk bersekongkol kantoi kan Hafiy dan Nellysa. Tapi, apa yang mereka tak sangka... Diri mereka sendiri yang terkantoi! Tak pasal... Adinda dan Jad dah jadi bakal menantu untuk mak masing-masing! Nak tak nak... Mereka cuba untuk meneruskan rancangan yang memaksa untuk mereka bersama.

“Entahlah... I kinda like you! Apa kata kita ikut aje rancangan ni. Rasanya, tak perlu nak complicated sangat kut... Kan?”

Takut kalau-kalau hubungan yang baru ini kecundang seperti hubungan mereka yang telah lalu, Jad dan Adinda tekad untuk berhati-hari menjaga hati. Tapi tak sangka, dek kerana terlalu berhati-hati... Mereka kehilangan antara satu sama lain.

“Anyway... This is your last payment.”

Entah apalah nasib Adinda, sering saja ditinggalkan dengan sekeping kertas. Sedih dengan dua hubungan cinta yang tak kesampaian, Adinda membawa diri memulakan hidup baru. Tak sangka... Hubungan lama muncul kembali!

“Apa agaknya yang boleh abang buat... Untuk tebus kesalahan pada Dinda? Untuk abang kembali... Dinda mesti tak nak.” – HAFIY MUKHLIS

“Abang dah cuba pi main jauh-jauh... Tapi, setiap kali abang buat keputusan untuk pergi jauh daripada Dinda, setiap kali itulah Dinda muncul seolah-olah tak bagi abang pi...” – JAD IMAN LEE

Orang kata, jodoh itu sejauh mana kau kejar. Kalau kita yakin yang dia adalah jodoh kita, kita harus perjuangkan. Jadi, siapakah bakal menantu mak yang layak untuk Dinda juang kan?

blurb versi Mummy Ayu
(nak jugak kan..)

novel ni mengisahkan Dinda...heroin la of coz
dia ni keja sbg nurse but sbb dia berenti keja masa jaga ayah dia sakit
sampai la ayah dia meninggal
and..pas tu dia just keja sbg home nurse 

nak jadi cerita 
Dinda ni jaga Mak cik Susan
pesakit kencing manis yg baru je kena potong sebelah kaki
sebelum2 ni tak isu apa2 pun
sekali anak bujang Mak Cik Susan ni balik dr keja tengah laut....
Jad  (heronya)

punca dr sekali je...Dinda balas msg hp dia
terus dicap sebg keja tak serius, asyik main hp la and bla bla bla
sampai la Dinda ni diberhentikan kerja
punya la kan

tapi MakCik Susan ni buat ragam bila nurse lain jaga dia
so..nak tak nak Jad kena pujuk or bodek Dinda jugak
jadi home nurse utk mak dia..Mak Cik Susan ni

dalam nak bodek2 tu pun dah kelakar
sbb tetiba je Dinda bukak kedai urut amoi cute cute
he he he...tergelak sorang2 Mummy Ayu..time tu tgh massage kaki
kelakar je

start dr tu..diaorang makin ok
Mak Cik Susan ni memang dah berkenan ngan Dinda
so... takde masalah

Mak Dinda pun
bukan main berkenan ngan Jad
sampai Dinda jelous..sapa anak sapa bakal menantu ni
pandai Jad amik hati Mak Dinda yer

nak lagi best... Dinda ni putus tunang 
and Jad plak... gf minta putus
rupanya ex tunang Dinda couple ngan ex gf Jad
what a small world kan???

so..diaorang berdua plan
nak kantoikan ex masing2
berlakon la jadi couple
sekali..masin mulut
couple betul2

yeah!!!
but..baru nak happy2
Mak Cik Susan plak meninggal dunia
semua nya berubah...
sedih part ni

on ke tak on ... Dinda & Jad?
Hafiz..ex tunang Dinda dtg nak beli jiwa balik
berjaya kan?
kena la baca ... " Bakal Menantu Mak Awak"
kalau nak tau ending

yg pasti..sure puas hati!!!
jab lagi Mummy Ayu review satu lagi novel Syamnuriezmil
ni pun best!!!
ada ke novel Syam yg tak best???

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. Baca sinopsis macam menarik je jalan citer ni..nak cari la...alaaaa...kalau cari sebuah sure balik nanti berbuah2 buku..yang ada tu pun x start baca lagi..

    ReplyDelete
  2. ayu, shila rasa blog ayu macam berat kot..lama nak loading.

    ReplyDelete
  3. wah.. mesti kelakar dan comel.. boleh bayangkan dah gaya penceritaan Syamnuriezmil nie..

    ReplyDelete
  4. menarik.
    ringan.
    aida nak cari kan la novel gini utk kak Nurin.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...