just share something from FB.....
hayati la.....
~~~~
Mana Mak?'
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah.
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah.
Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot.

Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama.
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama.
Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.

Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.

Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak."
Mereka akan tanya, "Mana Mak."
Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik.
Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar.
Sekarang anak-anak sudah besar.
Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.
Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik.
Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan.
Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.
Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak
seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.
Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.
Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.
Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak.
Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja.
Mak letakkan bungkusan di atas meja.
Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.
Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan
Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi,
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi,
Mak sempat berkata kepada Mak Uda,
"Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.
Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci
sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.
Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan.
Mak menyuap nasi perlahan-lahan,
masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama.
Setiap hari Mak berharap begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh.
Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.
Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.
Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi.
Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan.
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan.
Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak
agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.
Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak.
Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.
Mereka ada kehidupan masing-masing.
Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang.
Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak
mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri
yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.

Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya
apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.
Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi
semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi.
Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa,
hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.
Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?".
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu
dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih.
Ayah sedih.
Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri,
"Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang.
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang.
Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang.
Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
"Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?
Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah.
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah.
Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu.
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu.
Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"
masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah,
apabila tua dilambung rasa.
Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.
Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
~~~~
sedih sangat bila baca kisah nie...
teringat kat my Ibu.....
Ibu....
Along tak pernah lupa Ibu
bila suka atau duka..
dari dulu sampai sekarang
Ibu la yg Along cari.....
semua perkara Along nak share dengan Ibu...
nak itu dan nak ini..Ibu juga la yg Along cari...
(tapi nangis tengah malam sbb takut mula tido bilik asing..
Along cari Ayah...maybe sbb tak nak kacau Ibu kot)
tapi dr kecik sampai la sekarang nie....
Ibu la orang pertama yg Along cari...
dr kisah kawan2, best friend,
hinggala kisah boyfriend
semuanya Along share ngan Ibu
(sekarang Eira yg mcm tu kan?)
rasa selesa bila dapat share semua ngan Ibu
tak boleh nak rahsia apa2 ngan Ibu
sbb mcm tak best je bila rahsia ngan Ibu
rasanya Along tak pernah tak ingat kat Ibu
Along selalu call Ibu
nak pegi mana...Along akan inform Ibu
nak buat apa keputusan... Ibu jugak la yg Along cari
(tapi bila dah kawin nie..kena refer hubby gak la)
tapi.....
kalau ada Along buat salah
kalau ada Along kecilkan hati Ibu
kalau ada Along buat Ibu terasa hati
kalau ada kata2 Along menyinggung perasaan Ibu
kalau ada perbuatan Along....Ibu tak suka
kalau ada Along buat Ibu rasa dikeketepikan
Along minta maaf.......
Along minta ampun.....
maafkan Along Ibu
ampunkan Along Ibu
Along tak sengaja
Along tak sedar
Along tak tau
yang Along sedar
dan yang Along tak pernah lupa
Along sayang Ibu
Along sayang sangat kat Ibu!!!!
kalau boleh Along nak selalu ngan Ibu
(tak lama lagi...sbb nanti Along duduk Seremban....
hari hari leh jumpa Ibu
pagi petang....)
always with you!!!
I love you so much tau!!!!!
penah bc kisah ni, mmg sedih..huhu
ReplyDeleteada bca kt fb..
ReplyDeletemmg rsa sebak kt dada. moga kt akan slalu igt pada ibu kt..walau setinggi manapon kt brada..
my mom is my everything :)
ReplyDeleteSANGAT SETUJU...SETAKAT NI PUN RASA YANA TAK PENAH TAK SHARE PAPE NGAN EMAK...SUME DIA TAHU...TAK TAHU LAH CANER KEADAAN KALO EMAK DAH TAKDE NANTI..BIARLAH ALLAH MEMANJANGKAN UMUR EMAK...
ReplyDeletehargai setiap masa kasih seorang ibu
ReplyDeletebaik atau buruk dia tetap ibu kita...
ReplyDelete