Isteri Separuh Masa

minggu lepas.....stok novel yg nak baca..dah abis
so...pinjam la kat adik kat opis nie
so...weekend lepas
bowingk2 tu..ada la benda yg nak dibaca
(yg order lum sampai time tu)
Isteri Separuh Masa
keluaran kaki seni
and penulis dia
adalah penulis yg sama yg tulis MAID
so...memang best la...

Sinopsis:-
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

sinopsis versi Mummy Ayu:~

Medina Izwani terpaksa kawin dgn abang angkat nya...Nazrin Shah
demi memenuhi hajat nenek angkatnya
kalu tak kawin..Nenek dia sakit
so..nak tak..kawin la
di usia dia 17 tahun..baru abis SPM..bertunang
abis matrikulasi...kawin

walaupun time tu dia ada bf..Megat Shazril

tapi kawin on paper jer la..
sbb Nazrin gie sambung belajar kat luar negara

so..bila Nazrin balik dr belajar
dia jadi lecture
nak jadi cita
lecture kat tempat Wani belajar and
jadi one of Wani punya lecture
lagi la..

Wani duduk asrama
tapi..
terpaksa duduk serumah dgn Nazrin bila
Papa, Mama & Nenek angkat dia nak dtg
so..lagi la sakan gaduh

Nazrin nie ada gf..Zita
tapi disebabkan Wani..cinta diaorang terhalang
sbb tu jugak la hubungan Wani & Nazrin....tak ok

tapi bila dah serumah kan..
makin lama .. makin ok..
tu yg tajuk isteri separuh masa
sbb...
masing2 buat hal masing
just on paper
and just lakonan semata2...

bila diaorang dah makin ok
tetiba muncul plak 'Megat Shazril' balik
kasi bunga, surat misteri....
tapi....

novel nie best...jln cerita menarik..
susunan ayat pun best
nak tau ending..kena la baca...

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. harus pi cari ni...lama x update blog novel tu...

    ReplyDelete
  2. macam best jer bila baca sinopsis ni... alahai, kat labuan ni susah sangat nak cari novel2 macam ni.. ni kena beli on9 ni...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...