Perempuan Yang Paling Aku Cintai

Tadi novel lelaki,
nie novel perempuan plak
baru fair..

tapi..novel nie memang best & memang Ayu tunggu2....
(sbb Mummy Ayu dah baca dekat separuh gak la kat online)
hasil karya...Acik Lana 
PYPAC
ada Mummy Ayu update kat sini pasal novel nie
novel nie...mula2 kat online jer
pas tu..dapat smabutan
so..Acik Lana print&bukukan sendiri

sinopsis novel nie..

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

You know what Karl?  I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect  to come back like nothing’s wrong?..  ~ Bunga

Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.

and of coz..
sinopsis versi Mummy Ayu

Bunga.......heroin dlm novel nie (suka sgt nama heroin nie)
ada sejarah silam...pernah kena tipu ngan Karl Hakimi
seorang kasanova..masa belajar dulu
sampai....
Bunga terlanjur & mengandung
and..
sampai..
Bunga kena buang kolej & dibuang keluarga
and of coz la kena buang/ ditinggalkan oleh mamat..Karl Hakimi nie
sian sgt kan ngan Bunga nie?

but....currently..
Bunga is doing very well..
keja as pembantu Elman..tokey kedai emas
yg mana..Elman pun menunjukkan minat ngan Bunga
Bunga pun....mcm dah boleh lupakan kisah silam dia la

but...
pada suatu hari (chewahh)
keta Bunga kena langgar dengan Karl Hakimi nie
what?
dia dah balik dr luar negara
emmm...
and nak jadi cerita lagi....
Bunga dipertanggungjawab kan untuk assist K-Kim aka Karl Hakimi
untuk amik gambar barang2 kemas kedai Elman nie
yes..Karl Hakimi aka K-Kim..seorang photographer yg terkenal

emmm..bayangkan la..
Bunga – Karl Hakimi – Elman
mcm cinta tiga segi dah

Elman nie memang dah terang2 dah syok kat Bunga
tapi..dia terpaksa push Bunga untuk tolong K-Kim untuk urusan perniagaan dia

Bunga plak..mula2 memang nak professional
but Karl Hakimi....
rupa2nya..dia still suka lagi ngan Bunga
still tak leh lupakan Bunga

so...bermula la kisah..
Karl Hakimi mula nak tackle balik Bunga
nak pujuk Bunga
nak minta maaf kat Bunga
macam2 yg dia buat..terharu gitu
and....pada masa yg sama...
Elman propose
muncul plak Eusoff
memang mcm2 yg jadi la
But..
jalan cerita yg sgt best
membuatkan kita nak baca....nak baca..nak baca
tak sabar nak abis baca novel nie
sbb nak tau ...
apa jadi pas nie?
kenapa?
siapa yg Bunga pilih?
Karl Hakimi?
Elman?
Eusof?

so.....kena la baca
but...rasanya baru2 nie Mummy Ayu bukak kat FB Acik Lana..
order untuk novel nie ..dah pun ditutup
so.......tak tau la nak promote mcm mana
ke Mummy Ayu kena cerita ending dia sekali kat sini?
emmmmmmmmmmmmmmm....




About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

5 comments:

  1. skang nie asyik citer novel trelanjur jea kan

    ReplyDelete
  2. patut la cari kat Popular xder...order online and limited edition rupanya

    ReplyDelete
  3. Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-

    eyna.eryna@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Nak let go tak novel ni... please... pinjam ker..???
    asnida1982@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. kalau ada org nk jual novel ni pls email me @ syazwani.tajuddin@gmail.com
    kalau ada nk pinjamkan with deposit pon boleh bgtau.tahnksssssss

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...