Bila Nak Saksi


ok..review novel time....
novel kali nie...
keluaran Penulisan2u...adik beradik ngan Karya Seni gak
pinjam kat adik opis Mummy Ayu tu la..as usual
geng tukar2 novel Mummy Ayu
tajuk..Bila Nak Saksi
hasil karya Rehan Makhtar
sinopsis kat belakang novel...
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
 “Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
 Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
 Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
 Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

and of coz....sinopsis versi Mummy Ayu..........
Jelita.....seorang anak gadis yang manja
and Mak, Abah & abang dia sangat menjaga dia
segala pergerakan dia semuanya terjaga

Jelita..boring gak
and..one day, bila dia dah dapat kebebasan untuk berdikari
tiba2..muncul Yusuff

mana2 dia pegi..ada jer Usop nie
and..Usop gak la yg selalu jadi penyelamat keadaan
emmm..mcm pelik jer kan?

rupa2nya..Jelita & Yusuff dah pun dinikahkan
secara rahsia & tanpa pengetahuan Jelita..
aik..mcm pelik jer kan?

but bila baca novel ni...
oooo.....ok..baru faham..

bila Jelita dapat tau dia dah pun dinikahkan dgn Usop
dia mcm tak puas hati la

but kerana famili dia terlalu sayangkan Jelita la
yg famili dia buat macam tu
sbb dia dah seseorang yg boleh dipercayai untuk gantikan famili dia untuk jaga Jelita

novel nie best
memang layan la
yg tak bestnya..
something happen to this novel...
emmm...

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comments:

Jemputla komen di sini...