Yang Manis

last stok novel Mummy Ayu setakat nie
dah abis baca dah
novel nie nipis jer..
pagi start baca..malam dah abis
but sgt best  & simple & sweet & sgt menghiburkan
yg penting..penulis novel nie sama ngan penulis novel/drama Teduhan Kasih tu..
Marissa
:-)
keluaran Karya Seni
Yang Manis

sinopsis belakang novel..
IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.
“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Apa?”
“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”
Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah  paling layak menemani hidupnya.
RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.
“Perempuan macam tu yang hang pilih?”
“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”
Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?

and as usual
sinopsis versi Mummy Ayu

Iman..heroin dlm cita nie
anak orang kaya but comels sgt..
one day dia terserempak dgn hero....Raees secara kebetulan
but..1st time jumpa jer..dia dah rasa something
emm..
nak jadi cerita..
Raees nie keja kat company bapak Iman 
which is Iman pun keja kat situ gak
so..senang la Iman nak ngurat Raees
ha..terbalik tau..bukan Raees ngurat Iman

Raees plak....dtg dr kampung 
nak cari keja
sekali..keja dapat, isteri pun dapat

disebabkan masalah dalam keluarga Iman..
Raees diminta mengahwini Iman secepat mungkin
emmmm...
masalah apa?
dapatkan Iman menyesuaikan diri dgn kehidupan kampung Raees?
bahagiakan perkahwinan mereka?
kalau nak tau
as usual..kena la baca novel nie..
:-)

novel yg sgt simple, sweet, comel sgt
suka sgt ngan watak Iman dlm cita nie
memang sempoi la

emm..cita nie kalau buat drama pun mesti cute
:-)
chewah..
sekarang kan musin dr novel ke drama...

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...