MH370 dalam kenangan............

sayu, sedih, sebak..
semua pun ada
berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul
apa lagi la family members & kenalan mereka kan?
Allahuakbar...
apa pun...takziah dr kami..rakyat Malaysia
kepada ahli keluarga & sahabat handai ...krew MH370
Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam
dan
untuk mangsa yang bukan beragama Islam...may them rest in peace
=============
pas nie...tunggu 13 hari lagi utk kesan black box tu..

jom baca nie..Mummy Ayu jumpa kat FB..
sedih sangat..
:-(

Tanggal 8 Mac 2014,
Di dingin subuh hari,
Kami diusik dengan kehilangmu,
Usikan itu pelik,
kerana,
usikan ini penuh misteri,
pelbagai manusia,
membuat andaian,
kononya itu,
dan ini puncanya,
semua megah dengan tekno dunia,
tanpa sedar teknoMu
Ya Allah yang terhebat,

Wahai ratu awan,
Untuk mencarimu,
kami kerahkan segala kudrat,
dari laut cina selatan,
sehingga ke Vietnam,
Pelbagai,
Layardan sayap dikerah,
untuk mencarimu,
ratu awanku,

Di khabar,
Engkau berada di laut andaman,
Puas kami meneropong,
puas kami menyeru seluruh alam,
supaya berkata atau berkicau,
supaya kami tahu dimana engkau berada...
Puas kami doa,
supaya hijab kami dibuka,
supaya kami melihatmu dimana,

Ratu hati kami,
Baru sebentar,
Kami diusik dengan duka,
kami terusik dengan air mata,
usikan yg penuh tamparan,
Usikan kedukaan,

Apabila,
Sang Nakhoda Negara,
Memalukan berita pilu,
seluruh dunia,
MH370 ratu awanku telah tiada,
Sedihnya kami kerna jauh engkau meninggalkan kami,
tanpa sebarang berita,
atau sepatah kata,

Ya Allah,
Kami memanjatkan kesyukuran,
kerna segala ketidakpastian,
kita terjwab sudah,
ratu awan kami,
sudah tiada,
Lautan Hindi ditujuinya,
Walaupun,
berat hati ini menerimanya,
tapi ,
kami redha,
kami terima,
kami sedar,
supaya kami semua kembali kepadaMu,
Allah Yang Esa,
Terima Ya Allah,
Engkau makbulkan doa kami..
Engkau temuikan kami,
Walaupun dengan khabar duka,
tapi,
kami percaya semuanya ada hikmah...
Al-fatihah..

Nukilan : ak47 Anuar Haji Kassim



About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. :(
    Sebak, sayu , pilu..
    Apatah lagi ahli keluarga mangsa..huu..
    Al fatihah..

    ReplyDelete
  2. kita yg tk related pn bole rs sayu, sebak smua apa ntah lg family diorang kn...smoga mereka tabah ngan ujian ini

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...