Keanggunan "Rosabelle" ~ Dining with Roses from Corelle

seronoknya..bila dah penat2 masak
kita hias & hidangkan hasil masakan kita..
dalam pinggan yg cantik & menariks...
mcm nie...
membuatkan makanan kita .....lagi menarik
of coz..... membuatkan bertambah berselera
kan?
and of coz..kita isteri/ mummy...suka pilih pinggan2 yg cantik2...
sedap mata memandang gitu
bila time membeli tu 
sbb nak beri kan yg terbaik utk family

baru2 ni... disamping meraikan ulangtahun ke 45 tahun Corelle,
World Kitchen telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka.. Rosabelle..
Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melancarkan koleksi Rosabelle
World Kitchen mempunyai sejarah yang panjang dengan rakyat Malaysia. 
Malah, ia telah membina sebuah kilang pengeluaran dan dekorasi pada tahun 1989.
Kini, lebih 200 corak Corelle telah dihasilkan di kilang tersebut. 
Kebanyakan corak itu direka khas demi memenuhi citarasa dan 
permintaan para pengguna di Asia terhadap rekaan Corelle yang menarik.
World Kitchen ada menjalankan kajiselidik dalam kalangan pengguna di Malaysia. 
Ia mendapati rakyat Malaysia menyukai rekaan bunga ros Apricot Candy 
dengan kelopak berwarna merah jambu dan daun berwarna hijau. 
Mereka juga menggemari rekaan gabungan jambangan bunga ros 
yang separa dan kembang sepenuhnya dalam reka bentuk A-simetrikal.

Rosabelle bermaksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis.
Ia ditawarkan di bawah jenama Corelle dan Corningware keluaran World Kitchen.
seperti yg kita semua sedia maklum..produk Corelle ni memang dah terkenal..
ringan, tahan pecah, bebas kotoran, tahan lama, 
mudah dibersihkan dan tampil dengan rekaan bergaya.
Selain itu juga....designnya juga tidak akan pudar...
so, no contamination from the plates.
Yer la..kita as a mummy..kena fikir gak ... hygiene and safety for kids

 Ia sesuai untuk pengguna Malaysia yang sibuk tetapi inovatif ketika memasak di rumah. 
Perkasasan rumah ini sememangnya menjadi kegemaran pengguna kerana ia menggunakan bahan revolusionari yang merangkumi tiga lapisan kaca laminasi dikenali sebagai Vitrelle®. 
Bahan ini membuatkan Rosabelle ringan dan tahan lasak. 
Untuk produk memasak pula, Corningware Rosabelle ialah 
perkakasan memasak yang unik dan versatil.
Ia membolehkan anda memasak dan menyediakan masakan yang menarik
dengan hanya menggunakan satu bekas sahaja. 

Ringan..yes... Rosabelle Corelle ni..sgt ringan 
Mummy Ayu tak risau nak kasi Ian & Iris nak handle 
:-)

Set 16 unit Corelle Rosabelle ditawarkan pada harga RM 729.
 Sementara set enam unit Corningware Rosabelle pula berharga RM 629.
Kedua-dua produk ini boleh didapati di gedung membeli-belah yang terkemuka 
spt Aeon, Jusco dll.

cun ni..leh guna masa raya nanti
kan dah dekat
:-)

tgk video sikit....

* meh ramai2... Like World Kitchen utk mengetahui updates terkini mengenai 
produk kitchen

Info mengenai WorldKitchen ~
World Kitchen, LLC ialah peneraju dalam industri perkakasan dapur. Beribu pejabat di Rosemont, Chicago, syarikat mengilang dan memasarkan produk-produk kegunaan dapur ke seluruh dunia. Ia turut memiliki World Kitchen (Asia Pacific) Pte Ltd yang beribu pejabat di Singapura. Selain mempunyai pejabat jualan serta  pengedaran di China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Filipina dan Vietnam. Di Malaysia, turut terdapat sebuah kilang pengeluaran dan pusat pengedaran.

World Kitchen (Asia Pacific) Pte Ltd memasarkan pelbagai jenama perkakasan dapur yang terkenal serta boleh dipercayai seperti CORELLE, CORNINGWARE, PYREX, VISIONS, SNAPWARE, EKCO, BAKER’S SECRET, REVERE dan CHICAGO CULTERY. Produk-produk World Kitchen menggunakan teknologi terkini demi memenuhi trend pengguna yang sering berubah, sekali gus membuatkan jenama ini terus relevan. Kini, ia terus memenuhi gaya hidup moden di seluruh dunia. 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. waaa bagus2..dh buat advert job;)
    laam xblogwalking..baru nk mula bw balik.:p

    ReplyDelete
  2. mcm aida ada komen pasal ni kat blog lain la...
    ke kat sini ?
    apapun, aida pun correlle jugak.
    bunga sakura :)
    ringan.
    cantik.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...