Minuman isotonik Nombor 1 di United Kingdom
(UK), Lucozade Sport™, 
memberikan lebih penghidratan untuk meningkatkan
prestasi rakyat Malaysia! 
Peminat-peminat sukan di seluruh negara kini boleh
merasai sendiri minuman sukan 
yang ternyata hebat dengan formula elektrolit dan
karbohidrat yang terbukti berkesan!
Sebagai menyahut seruan Kementerian Belia dan
Sukan yang mahukan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha
untuk menjadi negara bersukan, 
Lucozade Sport™ baru-baru ini telah mengumumkan
kerjasamanya sebagai 
Pembekal Rasmi The
Reebok Spartan Race Malaysia. 
Acara World’s
Best Obstacle Race versi Malaysia ini 
telah diadakan baru-baru ini di
Bandar Bestari, Klang
 yang menyaksikan lebih 8,000 peserta berdepan lebih 20
halangan 
dengan jarak sejauh 13km untuk memperoleh pingat Spartan Finisher yang menjadi rebutan.
“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian
daripada acara ultra-aktif seumpama ini 
selain daripada maraton, dualton dan triatlon yang semakin
digemari rakyat Malaysia,” 
kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory
Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM). “Lucozade Sport™ membekalkan
tenaga dalam bentuk cecair kepada atlet 
untuk beraksi lebih kuat, cepat dan
lama kerana 
ia bukan sahaja mengekalkan penghidratan, 
malah turut menggantikan
elektrolit dan karbohidrat yang hilang
 untuk mengekalkan daya tahan dan
prestasi mereka semasa latihan dan senaman intensif. 
Kami teruja untuk
memperkenalkan minuman isotonic 
yang dipercayai ini kepada lebih ramai lagi
peminat sukan di Malaysia 
pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.”
Bagi mencapai
matlamatnya untuk berinteraksi dengan lebih ramai atlet di seluruh Malaysia,
 Lucozade Sport™ aktif membekalkan formulasinya yang terbukti secara saintifik 
kepada para pelumba di acara-acara sukan yang popular. 
Setakat ini pada tahun
2016, jenama ini telah menyertai Compressport
Trail Run, 
Twincity Marathon dan Malaysia
Women Marathon 
serta banyak lagi acara pada masa akan datang.
 Nantikan
kemunculan pasukan Lucozade Sport™ di acara sukan berhampiran anda, 
atau layari
www.lucozadesport.com
atau www.youtube.com/lucozade 
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tahniah kepada semua pemenang!!!
Tentang Lucozade™
Jenama Lucozade™ telah dicipta pada tahun 1927 oleh ahli kimia William
Owen. Lucozade Sport™ telah dihasilkan pada tahun 1980-an. 
Dilancarkan pada
1987, Lucozade Sport™ Orange
 adalah minuman sukan nombor 1 di United Kingdom.
 Diformulasikan berdasarkan bukti saintifik, Lucozade Sport™ Orange 
disokong
oleh para atlit dan persatuan-persatuan sukan antarabangsa 
dan merupakan penaja
yang dipercayai untuk acara sukan di seluruh dunia. 
Tambahan lagi, The Lucozade Sport Science
Academy 
turut membantu membangunkan nutrisi sukan, berkongsi kepakaran
 dan
membantu memperbaiki prestasi. 
Ini membolehkan kami membekalkan prestasi
terbaik kepada 
semua peserta sukan dan latihan, tanpa mengira tahap mereka.
* selalu minum 100 plus  atau Gatorade jer..
kena try Lucozade plak pas nie.....
 



0 comments:
Post a Comment
Jemputla komen di sini...