Kempen 'Fuel Your Performance' Untuk Mendidik Dan Menyokong Impian Para Atlet Umum

Kempen 'Fuel Your Performance' Lucozade Sport™ dilancarkan 
dengan penuh meriah baru-baru ini dengan klinik larian yang pertama kali diadakan bersama Pacesetters Athletic Club, SMART Athletics Club dan Tadonamo Triathletes
Acara eksklusif ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk melibatkan para pelari Malaysia dan merupakan usaha yang berterusan untuk memperkenalkan formulanya yang disahkan secara saintifik kepada lebih sejuta rakyat Malaysia menerusi acara-acara aktif dan penajaan acara popular seperti Reebok Spartan Race yang diadakan baru-baru ini. 

Peserta diberi peluang untuk belajar daripada
 pelari maraton berpengalaman, Edan Syah dan 
pakar pemakanan senaman & sukan, Dr Mahenderan Appukutty 
dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA. 
Mereka telah berkongsi pengalaman mereka tentang latihan dan pemakanan sukan
 di kalangan peminat-peminat sukan.

Selain berkongsi tentang strategi latihan peribadinya, 
Edan berkata,
 "Saya mengambil masa selama lapan tahun dan sembilan maraton 
untuk mencapai potensi sebenar saya sebagai seorang pelari -
 ia merupakan  proses yang lama tetapi saya percaya 
tiada had untuk memulakan sesuatu 
asalkan kita bersedia untuk bekerja keras.
 Melalui perkongsian tentang pengalaman saya dan pengajaran
 sebagai 'citizen runner’, saya berharap ia dapat memberi inspiras
kepada generasi muda dan harap-harap akan ada peserta maraton 
dari Malaysia di sukan Olimpik 2020!"

Memandangkan bulan April juga merupakan 
sambutan Bulan Pemakanan Malaysia dengan slogan
'Eat Smart, Get Fit & Feel Great,' 
klinik larian ini ternyata menepati matlamat  tersebut
 dengan menekankan kepentingan pemakanan sihat untuk tenaga dan prestasi bersukan.

"Atlet berprestasi tinggi memerlukan pelan pemakanan yang direka khas 
untuk menyokong dan meningkatkan prestasi latihan mereka. 
Ini termasuklah mengambil jumlah protein yang secukupnya 
untuk membantu membina, mengekalkan dan membaiki tisu otot. 
Penghidratan dan tenaga juga adalah faktor penting untuk pelari 
kerana simpanan karbohidrat di dalam badan akan digunakan dengan cepat," 
jelas Dr Mahenderan yang menyediakan panduan lengkap yang direka 
untuk membantu peserta meningkatkan larian mereka
 dengan pemakanan dan penghidratan yang betul.

Untuk mengekalkan paras tenaga yang konsisten,
 anggaran 30-60gram karbohidrat diperlukan setiap jam 
– bersamaan dengan 1-2 botol Lucozade Sport™ untuk setiap jam perlumbaan.
 Formulasi elektrolit dan karbohidratnya yang saintifik direka khas 
untuk membekalkan penghidratan yang ditingkatkan
 untuk memberi tenaga kepada atlet semasa latihan berpanjangan.


Sebuah jenama yang dipercayai sejak 1927, Lucozade Sport™ terus 
memberikan penghidratan dan menarik minat atlet-atlet Malaysia
 di acara-acara sukan berprofil tinggi. 
Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘Fuel Your Performance’ 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...