assalamualaikum
salam isnin
good morning semua
pagi2 ni..kasi cita & pic yg menariks skt la
as usual..bukan menu pagi ni yer
citanya...lama dah dpt resepi kuih ni
nak buat..tak buat2
last week, cuti khamis & jumaat tu
so..moh la try buat
and hasilnya
voila....
alhamdulillah
helok je kejadiannya
bahan2 nya:-
bahan A -
4 biji telur
1 cawan gula caster
1 sudu penutup esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3/4 cawan susu full cream
bahan B -
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna - merah, hijau, kuning
utk hiasan - bijan hitam
bekas acuan
cara2:-
whisk semua bahan A KECUALI susu dlm mixer sehingga kembang
bila dah kembang, baru masukkan susu
whisk kejab je..biar rata
ayak bahan B - tepung & serbuk penaik tu
pas tu masukkan ke dalam mixer tadi sedikit demi sedikit
kacau biar rata semua
bila dah siap comei mcm ni
bahagikan kepada 3 bekas
and warnakan...
jadi la mcm ni pulak
sapu acuan dgn sedikit minyak
supaya nanti nak keluarkan...x melekat
and tabur kan sikit bijan...biji tembikai
pas tu masukkan adunan warna merah & kuning
tembikai merah & tembikai kuning
jangan penuh sangat
sbb nak tambah warna hijau pulak
as in kulit tembikai
pas tu..kukus
10 minit jer
siappp!!!!
tak sabar nak tgk hasilnya time ni tau
and bila keluarkan dr acuan
yeah!!! alhamdulillah
cantiks je kejadiannya
next try..
nak piping kan choc skt kat dlm tu
emmmm...tungguuuu!!!!
selamat mencuba key
remeh skt la but puas hati bila jadi comei mcm ni
kredit to Kak Su...share resepi ni
😊😊😊
Cantik kejadiannya .
ReplyDeletenampak gebu. rajin betul MA
ReplyDeleteNampak sedap tu...geram plak tengok...
ReplyDelete