1 Rejab 1446

Malam nie, malam pertama bulan Rejab...
malam yang sangat mustajab doa 
(kitab As-Sunanul Kubra karya Imam Al-Baihaqi - Imam As-Syafie menukilkan)

so..mari la kita sama2 mulakan bulan rejab dengan amalan2 yg baik

Memperbanyak doa:

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana.
Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan.
1. Hati-hati dengan mulut dan lidah.

Malam nie...Bila lihat anak, sebut yang baik-baik kerana 
mungkin apa yang kita sebut Allah angkat sebagai doa yang termakbul.

2. Banyakkan menyebut

Allahumma Faqqihhum Fiddiin Wa 'allimhum ta'wiil.

3. Minta Allah kurniakan kefahaman kepada anak kita 
tentang agama dan juga ilmu yang terkandung dalam Al-Quran ( Tafsir )

4. Doa juga..

Ya Allah,
Cantikkanlah Akhlak anak2 ku sebagaimana indahnya akhlak Rasulullah SAW.

Ya Allah,
Berkatilah segala rezeki yang anak2 ku makan
jadikanlah mereka Ulama' dan juga Pemimpin yang Engkau redha 🤲

5. Istighfar

Astaghfirullaah
Waliwaalidayya

Rabbighfir lii
Warhamnii
Wa tub 'alayyaa

 Laa Ilaaha illallaah (100 Kali)

 Doa yang Rasulullah SAW baca dalam bulan Rejab.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Allâhumma bârik lanâ fî rajab wasya‘bân waballighnâ ramadlân

(Lihat Muhyiddin Abi Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawi, Al-Adzkâr)

8. Sedekah

دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ

“Rawatlah pesakit itu dengan sedekah.”

(HR Abu Daud, dinilai Hasan)

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim)

Berkata Imam al-Syafie RA: 

“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.




wallahualam
perkongsian bersama & peringatan utk diri sendiri juga
moga yg baik2 saja utk kita semua
aamiin

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

12 comments:

  1. Dah sampai bulan Rejab ni makan tak lama lagilah bulan Ramadan akan menjelang tiba.

    ReplyDelete
  2. Salam 1 rejab dan happy new year ayu🎉🎊

    ReplyDelete
  3. Terima kasih mummy atas tazkirah ringkas yg dikong.
    Tahniah kerana menjadi salah seorang pemenang pengomen tegar blog abam kie. Maklumat lanjut di www.zukidin.com

    ReplyDelete

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga doa kita semua dimakbulkan pada malam yang penuh barakah ini. Semoga bulan Rejab membawa kebaikan dan keberkatan untuk kita semua. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. semoga kita sama2 rajin melazimi zikir2 ni

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...