Novel limited edition

lama tak update pasal novel kan..
so..meh kita update sikit la
Mummy Ayu lately nie..mcm dah slow sikit bab novel nie
maybe sbb dah banyak sgt novel kat rumah...
sampai rak2 pun dah penuh
plus..
sekarang nie layan cita korea plak
ops..jangkit ngan Net dah
tapi..jengah2 gak ..tengok novel baru best..beli gak
tapi semuanya online jer la
so......
novel yg terbaru Mummy Ayu dah order..tapi lum sampai lagi la
and novel nie lain dr yg lain
sbb...
LIMITED EDITION
emmm..
so..harus la Mummy Ayu grab cepat2
and saja nak kongsi kat sini
ngan sesapa yg minat novel gak..(Iela Fazilah.....yg Mummy Ayu tau la)
Perempuan Yang Paling Aku Cintai
novel terbaru...hasil karya Acik Lana
sapa2 yg dah baca...
ha...penulis yg sama la tu
novel ni Acik Lana dah publish gak kat blog dia..sampai episod 30++
and..memang best
disebabkan sambutan yg menggalakkan
Acik Lana pun print but....tak banyak la...
(kalau tak silap 3000 jer)
so...sapa cepat dia dapat la...
limited kan
and novel nie..takde jual kat kedai buku or mana2 pun
Acik Lana jer yg jual key...
so..
sapa2 yg kaki novel gak mcm Mummy Ayu 
and ..berminat untuk dapatkan novel nie
boleh la jengah kat sini untuk tau mcm mana step2 nya..

Mummy Ayu dah order, dah transfer bayaran & dah emaal pun
just tunggu Abang posmen hantar jer
he he he
and..kalau kawan2 nak baca sikit dulu
pun boleh..klik kat sini
and..sinopsis sikit...

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

You know what Karl?  I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect  to come back like nothing’s wrong?..  ~ Bunga

Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.


apa pun..yg Mummy Ayu boleh komen.novel PYPAC nie..memang best
tak sabar nak baca kesudahan kisah Bunga & Kimi
can't wait!!!!


About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...