ok..
review novel time...
Kalau Memang Harus Begitu
by .... Acik Lana
kalau nak baca online pun boleh..
ada dari bab 1 sampai bab 40 kat blog Acik
Mummy Ayu dah abis baca dah ..of coz la kan
sinopsis kat belakang novel....
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!
Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!
Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.
Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….
and
of coz..
sinopsis versi Mummy Ayu~
Adara - gadis kampung yg baru memulakan kerja sbg tea lady
asisstant kpd Kak Wati
setelah direkemenkan oleh kawan Husna
kat situ Adara kena dengan anak owner compony tu..
Zidan Adiputra - seorang yg sgt tegas & tidak friendly
sgt garang
tambah2 bila Putra tgk Adara nie sgt la old fashion
pakai baju kurung, lusuh2...semua pun tak up to date
tapi..disebalik tu..ada sesuatu yg menarik kat Adara
hingga menarik perhatian cousin Putra..Riyad
dan..dengan bantuan Riyad
Adara..dimakeoverkan
hingga Putra pun tertariks
maka..berlakulah perebutan diantara Riyad & Putra
but of coz..Putra hero dlm novel nie
so..Putra yg menang
walaupun dgn taktik kotor
sian Riyad ngan Adara
pas tu Adara dapat naik pangkat & naik gaji
dr tealady ke secretary Putra
gara2 Putra nak control Adara dr kena tackle ngan Riyad
tapi rupanya disebalik kekasaran & kegarangan Putra nie
Putra nie seorang yg penyayang, romantik & so sweet
cuma dia tak nak tunjukkan sgt..
kelakar sgt bila part Putra gie meminang Adara
sampai2 pengsan2 la Adara dibuatnya..
and bila dah kawin semua
best sgt
and tetiba plak ada dugaan lain yg menimpa diaorang tu
sampai Putra marah sgt
dia tak pedulikan Adara
and tetiba Adara jer Adara ditukarkan jadi secretary Riyad plak
sian Adara
tapi.....
Riyad suka la..
cuba tarik perhatian Adara balik
tapi..Adara still setia and sayang ngan Putra
emmm....
endingnya
adakah Adara kembali ngan Putra
or Adara ngan Riyad?
tak leh nak la cerita..
kena la beli & baca
novel Kalau Memang Harus Begitu
by Acik Lana
keluaran Kaki Novel
boleh beli secara online
dapat diskaun & free postage
menarik.. sebab novel acik lana ni mmg boleh buat gelak habiss..
ReplyDeleteharus beli ni
ReplyDeletetq beb
nak beli la ahad ni...
ReplyDelete