Resepi Satay Daging

ok...mcm yg Mummy Ayu janji semalam
and spt yg direquest oleh kengkawan..
nie dia resepi satay yg Mummy Ayu buat baru2 nie
Ibu Mummy Ayu dapat kat FB..geng masak2 dia
so..kitaorang pun try la...
emm..cedap gak
tapi dlm resepi ni...satay daging
kitaorang bedal gang perap satay ayam
and..hasilnya
memang satay daging lagi cedap dr satay ayam
so...maybe ini memang khusus untuk satay daging....


Satey Daging
1 kg daging lembu (didadu) - Mummy Ayu hiris nipis2...
3 btg serai

1 inch lengkuas
1/2 inch halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Segenggam jintan manis
Segenggam jintan putih
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 cawan gula pasir
Garam,perasa secukupnya

1. Kisar kesemua bahan perapan di atas sehingga lumat dan gaulkan bersama-sama daging..
Perap minimum 2 jam,seelok-eloknya semalaman..
2. Rendam lidi satey di dlm air terlebih dahulu..
Cucuk daging yg telah diperap pd lidi tersebut..
3. Lebihan air bahan perapan bolehla disimpan sbg perenjis
 (campur dgn minyak masak,renjis menggunakan beberapa btg serai ug dititik)

Mummy Ayu perap siang..malam baru cucuk kan
and hasilnya...

and ada respi kuah kacang gak
tapi Mummy Ayu tak ikut resepi nie pun
main campak2 apa yg ingat jer
nie in case la kalau kawan2 nak try la kan
(Mummy Ayu tak try pun lagi)


Bahan utk kuah kacang
400gm kacang tanah ( disangai dan dikisar separa halus)
*segenggam udang kering
*15 tangkai cili kering (rendam,goreng n kisar halus)
*2 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*2 batang serai
*1 inch lengkuas
1/2 cwn air asam jawa
1/2 cwn gula merah/gula melaka
garam perasa secukupnya..

1. Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus..
Tumis sampai pecah minyak..
2. Masukkan kacang tanah yg dah dikisar,kacau sebati..
tuang air asam jawa n sedikit air n 
biar merenih dgn api kecil smpai pecah lemak kacang n kuah memekat..
3. Perasakan kuah kacang dgn gula melaka n garam secukupnya..
4. Sedia dihidang bersama satey,timun,bawang besar n nasi impit..

okay..selamat mencuba!!!!



mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

8 comments:

  1. Tq share resipi!
    Kak ayu, kalu sate ayam pun sama kan resipinya?

    ReplyDelete
  2. tq share..blhler makneng cuba

    makneng follow sini
    jemputla follow makneng

    ReplyDelete
  3. Wow! Nice blog here! Jom view saya juga!=) http://www.aimisyahirah.com/2012/11/urban-street-winter-photoshooting.html

    ReplyDelete
  4. Daging nak kna rebus dlu ke atau nak perap trus?

    ReplyDelete
  5. Daging nak kna rebus dlu ke atau nak perap trus?

    ReplyDelete
  6. Nurul eijan -daging tu tak perlu rebus...terus perap jer

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...