okay..
review novel lagi..
~~~~
Gadis Edisi Terhad
keluaran Kaki Novel hasil karya Rin Ahmad
novel nie..Mummy Ayu dah abis baca last week dah
dlm 2 hari gak la..abis Mummy Ayu baca
novel nie tak tebal sgt..729 ms jer..
(uuihh..tebal gak tu)
novel nie pun Mummy Ayu beli kat book fair hari tu
sinopsis belakang novel...
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”
and..as usual ...
sinopsis versi Mummy Ayu..
Jasmeen .. heroin dlm novel nie..
anak Tan Sri Farhan..serorang businessman berjaya but Jasmeen nak berdikarai
dia ... owner syarikat landscaping...
but...cara dia berjumpa dgn Fareez..hero dlm novel nie..amat unik & lain dr yg lain...
emm..Fareez nie mula2 ingat Jasmeen ni...salesgirl kat 1 butik nie
sekali..bukan..
than..dia jumpa..Fareez nie kata Jasmeen nie...tukang kebun..boleh?
and..dia ingat Jasmeen nie just orang bawahan kepada Fellah Delisya
emmm....
Fareez..anak yatim piatu yg dipelihara olehD Datuk Ismadi...
kawn baik arwah papa dia and..Datuk Ismadi ni..papa kepada Gina..GF Fareez..
and..hubungan diaorang memang direstui & disokong sepenuhnya oleh mak bapak Gina nie
sbb Fareez nie sgt pandai bab business & Gina plak..anak tunggal
so..memang dia harapkan Fareez la utk take over company diaorang..
but...Gina plak..dah ada BF lain..belakang Fareez
emm..main kayu 3 yer..
and..bila Fareez dpt tau..dia frust gak
but at the same time..
dia pun dah mula suka ngan Jasmeen..
emm...mula2 gaduh..lama2 suka
so..Jasmeen & Fareez..
sweet..romantik..selamba...
ckp pun kau..aku atau I..You jer..
tak de sayang2 pun..
but Fareez...memang romantik ..suka baca ...
tersenyum sorang2 la diabuatnya..
tu yg Jasmeen panggil...Mr. Cheesy
cara dia propose Jasmeen...sgt sweet..
Fareez buat 1 blog & update entry propose dia..
sweet kan?
guna blog lagi..
and...as usual..
mana leh happy ending mcm tu jer kan
FareeZ rasa tertipu ...bila dapat tau siapa Jasmeen sebenarnya?
and....Diya pun tak nak mengalah
cuba utk merebut Fareez dr Jasmeen...
but at last..makan diri sendiri..
nak tau ending..
as usual..
kena la beli & baca novel nie
but...memang terhibur & layan la baca novel nie..
ops..lupa nak cerita..Jasmeen ni ..anak org kaya
and..dia suka buat koleksi barang2 yg limited edition
tu yg judul novel ni..Gadis Edisi Terhad
and.bf dia..fareez pun....kaya gak
so..manjang la dapat hadiah brg edisi terhad nie
and.novel nie..memang cerita org kaya2 la.
so..have fun..& selamat membaca!!!!
kalau nak baca secara online dulu..
leh jengah ke blog Karya Lepak
and..kat situ..leh baca intro sikit Gadis Edisi terhad nie..
kasi panas sikit dulu kan..
:-)
Takde sambung cita nih kat blog karyaLepak ke. uhu
ReplyDelete