Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu
yang boleh menarik minat komuniti muda dalam persekitaran pembelajaran kreatif,
KidZania Kuala Lumpur telah melancarkan Program KidZ & Tech,
bermula dari
28 Mei hingga 12 Jun.
Melalui program ini,
kanak-kanak boleh menyertai siri
bengkel interaktif,
lakon peranan bertema dan aktiviti dalam talian untuk
menerokai masa hadapan.
Dirancang dengan kerjasama rakan-rakan kongsi iaitu
Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Universiti Multimedia,
keseluruhan program ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti
yang direka untuk mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak
dalam
bidang sains dan teknologi.
Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan
untuk
membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan
pemikiran pengkomputeran yang juga akan membantu mereka apabila dewasa kelak.
"Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara
berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari
kemahiran-kemahiran baharu.
Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan
menyediakan persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan menerusi Program KidZ
& Tech,"
kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur.
"Dengan kepakaran rakan-rakan kongsi kami seperti Microsoft Malaysia,
Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan
Universiti Multimedia, Program KidZ & Tech ini adalah cara kami untuk
menonjolkan aplikasi-aplikasi teknologi yang praktikal agar kanak-kanak dapat
menghargai potensi sebenar teknologi, dan bukan hanya sekadar sumber
hiburan."
Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan minat di
kalangan kanak-kanak
di samping memberi peluang untuk mempelajari tentang dunia
di sekeliling mereka dan mempelajari bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik
(science, technology,
engineering and mathematics - STEM)
akan terus menghasilkan pembaharuan di
dunia ini.
Keempat-empat aktiviti utama yang dijalankan oleh rakan-rakan kongsi
program ini melibatkan sains dan teknologi menerusi cara berbeza:
Ø
Pengekodan: "Hour of Code" memperkenalkan
asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer
terkenal Minecraft;
Ø
Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik
dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education;
Ø
Realiti
Berperantara: “Dinosaurs
Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti
berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan;
Ø
Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan
belajar menghasilkan piramid tayangan 3D - sebuat alat mudah yang membolehkan
anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.
“Di Microsoft, misi kami adalah untuk memperkasakan setiap orang
dan
organisasi untuk mencapai lebih lagi.
Ini termasuklah melengkapi kanak-kanak
dan warga belia dengan kemahiran pemikiran pengkomputeran dan penyelesaian
masalah untuk berjaya
dalam dunia masa kini yang berteraskan mobiliti dan
sistem awan.
Selari dengan misi kami, kerjasama dengan KidZania merupakan
langkah yang tepat,
dan kami kekal komited untuk memastikan kanak-kanak
dari
setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada STEM
seterusnya memberi
dorongan kepada mereka untuk menjadi generasi pemimpin seterusnya,”
kata
Jasmine Begum, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan, Microsoft Malaysia
dan Pasaran Baharu.
“Menerusi Minecraft dan Code.org, kami ingin menjadikan
aktiviti ini lebih santai, dengan usaha
sama dan menyeronokkan - selari dengan matlamat KidZania untuk Program Kidz
& Tech.”
“Pendidikan STEM sangat penting di abad ke-21 dan
ia menyediakan
kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran pada masa akan datang,”
jelas Law Yi
Chian, Pengarah Eksekutif/Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi,
Sasbadi
Holdings Berhad.
“Pendekatan secara langsung dalam mempelajari konsep STEM
merupakan kaedah yang berkesan kerana kanak-kanak boleh mendapat pemahaman yang
lebih baik apabila mereka mengalaminya sendiri. Aktiviti robotik dan
pemprograman dalam Program KidZ & Tech adalah kunci utama dalam membentuk
generasi pencipta yang seterusnya.”
Bengkel-bengkel yang telah dijadualkan ini disokong oleh aktiviti-aktiviti
dalam talian di www.kidzania.com.my/kidz-and-tech. Menerusi laman tersebut, kanak-kanak
boleh mengetahui lebih lanjut tentang individu-individu terkenal dalam
teknologi seperti seperti Bill Gates dan John Lasseter dalam bahagian khas
“Hall of Tech”; mereka juga boleh menguji pengetahuan mereka dalam teknologi
dalam Peraduan Facebook Tech Geek of the
Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah
Utama iaitu sebuah pen 3D Doodler;
dan sebagai tambahan, para penggemar teknologi cilik boleh menjawab beberapa
soalan mudah untuk mengetahui siapakah personaliti teknologi mereka!
Tambahan lagi, sebahagian daripada 100 pengalaman lakon peranan di KidZania
Kuala Lumpur akan diadaptasikan agar melibatkan aspek berkaitan teknologi.
Contohnya, kanak-kanak akan mengadakan perbicaraan tentang kes-kes yang membabitkan
penggodaman sistem awam di Mahkamah; mempelajari bagaimana untuk menulis
artikel tentang Kanak-Kanak & Teknologi untuk KidZania Post; mendapatkan wallpaper
telefon KidZ & Tech ekslusif dengan menggunakan hashtag #kidZtech2016; dan mendengar program secara langsung oleh Zupervisor
DJ di KidZania yang akan membincangkan tentang Kanak-Kanak & Teknologi dan
memainkan lagu-lagu yang bertemakan teknologi; berseronok di City Parade, Tarian Robotik di City Clock, dan aktiviti Lukisan Muka
yang berkaitan dengan teknologi dalam kehidupan moden hari ini. Mereka juga
berpeluang untuk mengalami sendiri sesi mewarna Realiti Berperantara dan
menyaksikan karya mereka menjadi 3D!
Jangan lepaskan peluang yang mengujakan ini di Program KidZ & Tech
KidZania Kuala Lumpur (28 Mei hingga 12 Jun) - untuk masa terhad, diskaun
istimewa bagi tiket biasa turut disediakan, oleh itu layari www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut!
Act-of-launch with (from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd;
Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad;
Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia;
Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; and
Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University
Official launch of the KidZ & Tech Program
(from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd;
Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia;
Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad;
Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur;
Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); and Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University
0 comments:
Post a Comment
Jemputla komen di sini...