Puding kastard jagung

malam semalam wat puding jagung
2nd time wat 
alhamdulillah jadi elok je
resepi dr Azie Kitchen

bahan2nya:-
1 cawan tepung kastard
½ cawan jagung manis (dalam tin)
¾ cawan gula pasir
3 cawan air
½ cawan susu cair

cara2nya:-
campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. 
kemudian letak di atas api yang perlahan dan 
kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
kena kacau, tak leh tinggal2..
sbb kejab je dia akan jadi pekat
bila dah pekat, lagi kena kacau betul2...
Ibu ckp..nak kasi berkilat lagi,
boleh masukkan 1 sudu butter/ marjerin

angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas acuan.
mcm Mummy Ayu semalam, terus letak dlm tupperware
terus bawak je..senang.
kat opis baru potong2

tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais.  
makan sejuk2..memang dap
siappp...
dessert pagi tadi
pas makan nasi beriani

alhamdulillah
:-)

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

Jemputla komen di sini...