Kekasih Khayalan 2.0 by Acik Lana

novel ni sampai bulan sept lepas
tadi dok la dlm draft tu..x siap2 entry nya
ha ha ha
sabar je la kan
alang2 hari ni post entry pasal novel
jom la sekali kann

novel ni bukan novel baru
tapi diberi nafas baru...gitu kan
Kekasih Khayalan by Acik Lana
bukan novel je cantiks kali ni
pakej dengan box nya
cantiks sgt...
tunggu tau Mummy Ayu tunjuks

nie novel yg lamanya
Mummy Ayu ada dah of coz
and dah abis baca dah
mula2 kuar tu memang fikir la
nak beli ke tak?
nak beli ke tak?
sbb tergoda, Mummy Ayu terorder jugaks
dah ada dua2 dah
but yg baru ni ada tambahan story nya
emm...sila la x percaya
Mummy Ayu belum baca lagi 😅
tapi yg baru sampai tadi tu..nak baca sgt
maybe sbb ni dah tau dah cerita nya kannn

ok..jom tgk box nya yg cantiks sgt yer
seee.....
masa sampai2 tu 
memang dah wow!!
autograph from Acik Lana
x de lips sbb Mummy Ayu beli dah lambats
kuata lips abis dah
he he he

ada ayat2 yg best sgt
semua sisi box tu cantik
and lve sgt
cantik kan?
ada pokok2 mcm ni
vibe misteri sgt
kann

blurb belakang novel
saja la share lagi
novel ni ada vibe misteri2 sikit
emm..best!!!

Satu pengalaman yang sangat aneh telah dilalui Noah kebelakangan ini. 
Tak pasti apa puncanya, dia sering terlihat kelibat seorang gadis cantik jelita. 
Bukan di tempat biasa-biasa, sebaliknya di rumah penuh kenangan 
milik keluarga mereka suatu ketika dulu. Noah benar-benar buntu dibelit tanda tanya.

Siapa perempuan itu? 
Dan kenapa dirinya akan segera ‘berkejar’ ke sana setiap kali diseru? 
Yang paling menakutkan, dia bagaikan dipukau dan terkaku di dunia realiti 
setiap kali mengembara separa sedar ke Cameron Highlands. 
Seriously, apa dah berlaku sebenarnya? Siapa yang mengawal otaknya sehingga dia bertindak begitu?

Misteri yang berlaku bukan dialami sebelah pihak saja, 
malah Arissa turut sama terkesan. 
Mati-mati dia fikir rumah yang baru dibelinya ini berhantu. 
Kalau bukan gangguan hantu atau makhluk halus,
macam mana lelaki itu boleh muncul umpama angin di depannya? 
Sepantas kilat menjelma setiap kali dia memanggil nama. 
Namun tanggapan tersebut pudar sedikit demi sedikit apabila hubungan mereka
 semakin selesa dan rapat.

Hidup Arissa taklah seindah mana. 
Sering didatangkan dengan ujian apabila hasad dengki ibu dan adik tirinya
 menghantar dugaan demi dugaan.
 Tapi setiap kali dia cuba diapa-apakan mereka, 
setiap kali itulah si hero datang menyelamat.
 Cuma dia hairan kenapa orang disekeliling mula menuduhnya hilang akal?
 Menuduh dia gila? Dan kenapa kewujudan lelaki itu dinafikan setiap mulut manusia?
 Impossible! 
Setiap hari mereka bertemu muka dan saling berbicara, siapa yang gila sebenarnya?
 Dah tentu bukan dia!

Dari pertemuan Arissa bersama Noah mula menampakkan hubungkait yang saling bersambungan.
 Satu persatu misteri dan keanehan mula memberi penjelasan yang lebih masuk akal. 
Rupa-rupanya masih ada urusan yang belum selesai di sini. 
Masih ada jiwa yang belum tenang untuk meneruskan perjalanan ke dunia abadi.

“Aku sukakan kau, kenapa kau suruh aku bercinta dengan orang lain?”

Kejamkah kalau Arissa enggan memaafkan? 
Tapi bagaimana dengan jiwa yang mula mengenal cinta? 
Tolonglah fahami hatinya. Dia juga ingin bahagia.

love it!!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. menarik dan kreatif la jln citer dia, MZ suka elemen mistik hehehhe

    ReplyDelete
  2. Peminat novel mesti mendapatkan novel dari Acik Lana ni.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...