After 3 days...with Kekasih Khayaan

tajuk..tak leh blah
he he he
bukan kekasih means... betul2 kekasih yer
novel Mummy Ayu yg baru ni
by Acik Lana
"Kekasih Khayalan" 
last week kan sampai
Sabtu lepas...habis baca dah
dok berkepit je...
gi kedai mamak...tapau roti canai pun sempat baca tau
kat umah jgn ckp la
pantang ada free je...
nak tidur pun, sempat la 

so..meh share skt dgn korang je
punya la best novel ni, and x sabar nak abiskan
sbb x sabar nak tau ending nya...mcm mana

baca blurb dulu....

Satu pengalaman yang sangat aneh telah dilalui Noah kebelakangan ini.
Tak pasti apa puncanya, dia sering terlihat kelibat seorang gadis cantik jelita.
Bukan di tempat biasa-biasa, sebaliknya di rumah penuh kenangan
milik keluarga mereka suatu ketika dulu.
Noah benar-benar buntu dibelit tanda tanya. Siapa perempuan itu?
Dan kenapa dirinya akan segera ‘berkejar’ ke sana setiap kali diseru?
Yang paling menakutkan, dia bagaikan dipukau dan terkaku di dunia realiti
setiap kali mengembara separa sedar ke Cameron Highlands.
Seriously, apa dah berlaku sebenarnya?
Siapa yang mengawal otaknya sehingga dia bertindak begitu? Misteri yang berlaku bukan dialami sebelah pihak saja,
malah Arissa turut sama terkesan.
Mati-mati dia fikir rumah yang baru dibelinya ini berhantu.
Kalau bukan gangguan hantu atau makhluk halus,
macam mana lelaki itu boleh muncul umpama angin di depannya?
Sepantas kilat menjelma setiap kali dia memanggil nama.
Namun tanggapan tersebut pudar sedikit demi sedikit
apabila hubungan mereka semakin selesa dan rapat. Hidup Arissa taklah seindah mana.
Sering didatangkan dengan ujian apabila hasad dengki
ibu dan adik tirinya menghantar dugaan demi dugaan.
Tapi setiap kali dia cuba diapa-apakan mereka,
setiap kali itulah si hero datang menyelamat.
Cuma dia hairan kenapa orang disekeliling mula menuduhnya hilang akal?
Menuduh dia gila?
Dan kenapa kewujudan lelaki itu dinafikan setiap mulut manusia?
Impossible!
Setiap hari mereka bertemu muka dan saling berbicara,
siapa yang gila sebenarnya?
Dah tentu bukan dia! Dan pertemuan Arissa bersama Noah mula menampakkan
hubungkait yang saling bersambungan.
Satu persatu misteri dan keanehan mula memberi penjelasan yang lebih masuk akal.
Rupa-rupanya masih ada urusan yang belum selesai di sini.
Masih ada jiwa yang belum tenang untuk meneruskan perjalanan ke dunia abadi. “Aku sukakan kau, kenapa kau suruh aku bercinta dengan orang lain?” Kejamkah kalau Arissa enggan memaafkan?
Tapi bagaimana dengan jiwa yang mula mengenal cinta?
Tolonglah fahami hatinya.
Dia juga ingin bahagia.

and of coz.....review versi Mummy Ayu pulak
novel ni mengisahkan Arissa yg terpaksa menanggung & mengambil tanggungjawab
utk menyara ibu tirinya, Syazlin & 2 org adik tirinya...Sabrina & Danish
selepas kematian bapanya

Arissa pun tak nak & tak ngam pun ngan diaorang
but dia kesiankan Danish
adik tiri yg masih kecil
nak harapkan Syazlin & Sabrina tu..memang x boleh diharap la

so...Arissa jual rumah di KL
and mulakan hidup baru dengan membeli sebuah banglo di Cameron Highland

Rumah Putih..nama banglo tu
memang dia jatuh cinta pandang pertama bila melihat banglo tu
and..hati nya ditarik2 utk memiliki Rumah Putih tu

segala bermula di Rumah Putih tu
misteri tul novel Acik Lana kali ni yer...

Arissa rasa mcm rumah tu hounted
dia rasa ada somebody yg pandang2 dia
tetiba seram sejuk
and ada angin bertiup
even semua tingkap tertutup

misteri terungai bila Arissa berjumpa dgn Luth
owner lama bilik loteng yg Arissa duduk tu
but mistik nya
mcm mana Luth boleh tetiba je muncul bila namanya diseru
sekelip mata muncul & sekelip mata juga hilang

but..semua tu x penting bila Arissa dah makin selesa dgn Luth
boleh dikatakan setiap malam Arissa akan bertemu dgn Luth
bawah pokok pelan..port fav diaorang
but Arissa hairan bila dia dituduh mental
bercakap sorang2...
but situasi itu selamat bila Noah pula muncul

Syazlin & Sabrina makin bengan bila plan mereka x menjadi

Arissa bengan bila dia rasa tertipu dgn Luth & Noah

Luth & Noah...pasangan kembar
tapi Luth sebenarnya ... dah meninggal dunia
tapi disebabkan urusan yg belum selesai
dia muncul didepan Arissa melalui Noah

pelik & unreal la ..of coz
but nama pun novel
anything kan happen kan?

apa ending nya?
bagaimana kesudahan nya
Arissa dgn Luth or Noah?
bagaiman Arissa menghadapi semua ni?
mcm mana dgn family tiri dia?

nak tau,
kena la baca Kekasih Khayalan ni
best!!!
congrats Acik Lana sbb hasilnya novel yg lain dr lain
of coz semua novel dia pun lain dr yg lain
and...best!!!
⭐⭐⭐⭐⭐

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comments:

Jemputla komen di sini...