Salam Maulidur Rasul

assalamualaikum
salam jumaat
masih belum terlambat rasanya..
salam maulidur rasul...semalam
and good morning

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad
jom sama2 kita semua berselawat ke atas junjungan kita 
Nabi Muhammad s.a.w.

berselawat ni adalah amalan yang sangat baik
dan merupakan amalan yang paling dekat utk mendekatkan diri kepada Allah

Bahasa: Doa

Istilah: Selawat daripada Allah bermaksud Rahmat, Selawat daripada Malaikat bermaksud doa dan Istighfar, dan Selawat Umat Islam bermaksud Doa.

Yang dikatakan rahmat adalah kasih sayang Allah terhadap Nabi kita. Dan dikatakan pula selawat daripada malaikat itu adalah doa dan istighfar ialah doa kepada Nabi Muhammad SAW serta istighfar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Akhir sekali, selawat Umat Islam bermaksud doa, itu kembali mereka yang berselawat juga sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW (Hadis Sahih): من صلى علي مرة واحدة صلى الله عليه بها عشرا bererti “barangsiapa yang berselawat kepada aku sekali, berselawat Allah kepadanya sepuluh kali”.

jom kita refresh juga
sejarah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w

1. BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW


  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
  • 2. SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

  • a. 5 Tahun

    – Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

    b. 6 Tahun

    – Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

    – Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

    c. 8 Tahun

    – Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia.

    – Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

    d. 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

    – Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

    – Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

    e. 20 Tahun

    – Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

    – Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

    f. 25 Tahun

    – Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

    – Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

    – Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

    – Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    g. 35 Tahun

    – Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

    – Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

    – Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

    h. 40 Tahun

    – Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

    i. 53 Tahun

    – Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

    – Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

    j. 63 Tahun

    – Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

    3. ISTERI – ISTERI RASULULLAH SAW

    – Khadijah Binti Khuwailid
    – Saudah Binti Zam’ah
    – Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
    – Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
    – Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
    – Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
    – Zainab Binti Jahsy
    – Maimunah Binti Harith
    – Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
    – Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

    4. ANAK ANAK RASULULLAH SAW

    – Qasim
    – Abdullah
    – Ibrahim
    – Zainab
    – Ruqaiyah
    – Ummi Kalthum
    – Fatimah Al-Zahra’

    Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

 Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa ‘ala Aali Muhammad 

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya

aamiin

💓💓💓

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...