Lelaki Astatine

yeay...dah habis dah baca novel ni
the latest novel la kira...for Mummy Ayu
tahun ni..baru 2 novel je yg Mummy Ayu dah baca

so yg ni...
Lelaki Astatine by Anjell
blurb belakang novel

Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya”. – ESHAL ELZAHRA

Itulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. 
Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. 
Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis.

“Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?”– ARDEAN TUFAIL

Itu pula Ardean Tufail a.k.a A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. 
Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang pernuh keberkatan. 
Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis.

Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub
 yang imun dengan suhu Artik Eshal. 
Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen.

“Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only.” – ARDEAN TUFAIL

Detik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal.
 Daripada hubungan di antara ketua dan pelajar intern, 
mereka kini menjadi lebih rapat. 
Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. 
Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya.

“Allow me to make you happy, allow yourself to be happy.”– ARDEAN TUFAIL

Ardean nekad untuk menghulurkan tangan. 
Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. 
Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal.

“Awak akan menyesal, Ardean!” – ESHAL ELZAHRA

Dan Ardean akan pastikan sebaliknya. 
Sepuluh kali Eshal tersungkur, 
sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. 
Dan dia, tak akan pernah mengalah!

Berdamailah dengan takdir. Ini bukanlah sekadar kisah cinta. 
Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik.

“Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, 
itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat.”

best giler novel ni....
👍👍👍

ada selit2 byk Islamik sgt
congrats to Anjell

novel ni mengisahkan Eshal - heroin dlm novel ni
dia la yg digelarkan Elsa... The Snow Queen..
garang, serius, sgt workalholic
buttt...ada sebab dia jadi mcm tu

heronya pula.. Ardean
seorang intern terlajak usia (sbb dia genius yer)
yg ditugaskan di bawah pengawasana Eshal
butttt... diaorang pernah berjumpa a few years back...
and Ardean berada di situ sbb dia memilih to be there...closed with Eshal
and to be there for her...

Ardean je yg boleh control & manage Eshal
and Eshal pun selalu akan kalah kalau dengan Ardean

Ardean jadi Astatine 
nama gelaran yg diberikan Eshal utk dia
Astatin adalah sejenis unsur bukan logam bersimbol At  
sbb diaorang genius2 belaka kannn

but sebab itu juga lah....
Eshal cair yer
he he he

“Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?”– ARDEAN TUFAIL
 mcm part ni
kita ada 100 sebab utk bersyukur
so true...
memang 100 sebab utk kita harus bersyukur dilist kan...
bermuka-muka surat la of coz kan
so dalam x sedar

penulis dah ajak kita..pembaca berzikir 
100 kali.. alhamdulillah
💖💖💖

byk part2 lagi yg memang best 
and of coz la Mummy Ayu akan hujan sama while reading tu kannnn
salah satu part .. yg ni
masa Ardean bawa Eshal pegi umrah
dah la baca time raya haji hari tu
ha..memang kena sgt la kannnn

and serius best
and kena baca sekali lagi
😊😊😊

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

9 comments:

  1. nama2 watak tu sgt 'novel' vibe hehhehe mcm alam fantasy gitu

    ReplyDelete
  2. Tuu diaaa...
    pembaca novel..skrg ni tgk novel tebal-tebal..memang jadi hiasa je la kak..

    ReplyDelete
  3. Bila lah nak datang kerajinan membaca novel macam dulu ni

    ReplyDelete
  4. Buku ni juga Dania beli kat PBAKL. Best ya? Dania baca Bayang Sofea - Teme Abdullah dulu. Dah habis dah.

    ReplyDelete
  5. Unsur logam rupanya astatine ni. Kita dak2 sastera manalah tau terms sains ni kan

    ReplyDelete
  6. tgh fasa reading slump, takde mood lagi nak membaca novel yg beli baru ni.

    ReplyDelete
  7. Zaman nak baca buku tebal tebal ni dh lama ditinggalkan hihii

    ReplyDelete
  8. Baca review-nya saja saya dah tertarik ❤️❤️. Esok ke KL nih saya memang bawa koper kosong 1 kak, nak beli novel dan beberapa barang di sana 😄😄. Dah lama tak baca novel Malaysia. Saya masih suka beli tiap kali ke sana

    ReplyDelete
  9. Dah lama CCL tinggalkan novel . Dlu zaman² suka baca novel memang boleh dikatakan tak berenggang langsung ... Asyik dengan novel ja

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...