Di mana hilangnya kasih sayang seorang Ibu..yg melahirkan????

lagi satu berita kejam pagi nie...
:-(

BETONG: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

sumber dr mStar

soalan yg bermain di fikiran....

~ tak sakit ke beranak tu?

~ tak timbul ke sedikit pun..kasih sayang kepada bayi comel yg dilahirkan tu?

~ kenapa tak gugurkan awal2......?

takde la kita tgk & baca nie sakit hati bila jadi macam nie

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. itulah...sedihnyer...
    masa buat tu..syok sgt..smpai x igt akibatnya..
    bila dh beranak.. xleh nk terima... tu satu dah.lg myedihkan bla sgup kelar baby y x bdosa tu... sedih sgt... mnusia k ape ntah??

    ReplyDelete
  2. eB menages biler dgr pagi td... masayaallah kejamnyer.... maner naluri keibuanmu?

    ReplyDelete
  3. sy pun pk mcm yg mummy ayu pk..tak sakitkah beranak??
    sy mmg geram gilerlah dgn mereka2 yg berperangai mcm haiwan ni....
    tak sanggup dengar berita pasal budak2/baby mcm ni...
    cuba kelar jer leher pompuan tu mcm dia buat kat baby tu..apa rasanya baru dia tau..(mood mmg geram ni)
    sori yer mummy ayu..emotional sket pagi ni..rata2 blog byk n3 pasal citer baby ni & kanak2 yg kene langgar tu. sedey2

    ReplyDelete
  4. ada org sanggup korban nyawa nak melahirkan sampai kena pilih antara satu..nyawa atau anak?n ckp napelah ada pilihan mcm tuh tapi kenapa ada plak mak yang melahirkan sesenang bunuh anak dia..?mmg tak berperikemanusiaan

    ReplyDelete
  5. itulah..masa nak bersalin punyalah seksa macam nak tercabut nyawa buleh wat camtu pulak kan...

    how i love my kids so much...

    ReplyDelete
  6. sedih dgn bdk2 skang nie punya pokiran

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...