Betapa cinta nya Rasul saw pada kita, umatnya.....

dapat whatsapp ni tadi
sedih sangat bila baca
and .. rasa kerdil je
but....in sya Allah
cuba dan cuba utk menjadi umat Rasulullah saw
yang terbaik..
in sya Allah

jom sama baca
and...selalu la berselawat ke atas junjungan kita
Nabi Muhammad saw

Mak bapak kita yang melahir dan menjaga kita 
tak mampu nak sayang kita 
macam Rasulullah saw sayangkan kita.
.
Pasangan kita yang katanya nak sehidup semati pun 
takkan mampu saingi sayang Rasullullah saw pada kita.
.
Tau tak macamana sayangkan Rasulullah saw pada kita?
.
Nanti di Padang Mahsyar, 
hari di mana semua orang sibuk uruskan diri sendiri, 
tak pedulikan orang lain.

Hari ketika seorang ayah lari dari anak.
Suami lari dari isterinya.
Anak lari dari ibubapanya.
Kawan lari dari kawannya.
Malah semua para Anbiya' pun tak pedulikan antara satu sama lain.
.
Hanya seorang saja yang sibuk ke hulu ke hilir mencari umatnya,
 iaitu Nabi Muhammad saw.
.
Dikatakan nanti di Padang Mahsyar, 
Rasulullah saw akan sibuk ke sana sini bertanya "Siapa kamu?"
.
"Umat Muhammad"
.
"Sini..sini.. ke mari"
Rasulullah saw kumpulkan semua umatnya, 
kemudian nanti Baginda akan sujud pada Allah dengan sujud yang sangat lama 
sehingga Allah berkata 
"Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
.
Rasulullah saw berkata 
"Ya Allah. Aku takkan bangkit dari sujud sehingga Kau beri apa yang aku minta".
.
Allah menjawab
 "Minta".
.
Rasullullah saw 
"Ya Allah. Berikan aku kesempatan untuk bagi umatku minum. 
Mereka kehausan Ya Allah di bawah terik matahari".
.
Allah berkata 
"Ya Muhammad, Ini telaga Al-Kautsar. Berilah mereka minum".
.
Rasulullah segera memberi minum kepada semua umatnya.
Sehinggakan Fatimah pernah berkata
 "Ya Rasulullah, sekiranya nanti aku ingin bertemu denganMu, di mana harus aku jumpa"
.
Rasulullah saw berpesan 
"Pergilah ke telaga Al-Kautsar. Aku sedang memberi minum pada umatku"
.
Dengan anaknya pun Baginda tak berjumpa,
 tapi Baginda nak jumpa dulu umatnya.
Sedangkan Rasulullah saw dah dijamin ke syurga 
tapi dia tak mahu masuk selagi umatnya tak masuk.
.
Setelah memberi minum, 
Rasulullah saw sujud lagi dengan sujud yang lama sambil menangis, 
sehingga Allah berkata 
"Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
.
"Ya Allah, selamatkan umatku dari sirat"
.
Allah berkata 
"Tunggulah mereka di hujung sirat"
.
Rasulullah saw menunggu di hujung sirat sambil menyebut 
"Allahumma salim salim. Allahumma salim salim 
(Ya Allah selamatkan, selamatkan)"
.
Yang banyak amal, lepas.
Ada juga yang jatuh ke dalam neraka.
.
Bila Rasulullah saw tau ada umatnya masih ramai dalam neraka, 
Baginda sujud lagi sambil memohon 
"Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka)
 sekiranya dia ada iman sekecil biji kurma"
.
Lalu Allah keluarkan umatnya.
.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi 
"Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) 
sekiranya dia ada iman sekecil biji jagung"
.
Lalu Allah keluarkan umatnya.
.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi 
"Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) 
sekiranya dia ada iman sekecil biji sawi"
.
Lalu Allah keluarkan umatnya.
.
Rasulullah saw jemput semua masuk ke dalam syurga.
Tapi ada lagi dalam neraka.
Rasulullah sujud lagi dengan sujud yang sangat lama.
.
Allah berkata 
"Apa lagi Muhammad. Bukan kah aku sudah menyelamatkan ramai umatmu?"
.
Rasulullah sambil menangis berkata 
"Ya Allah. Demi kasih sayang yang Kau miliki. 
Selamatkanlah umatku yang tidak ada amal tapi mereka mengucapkan La Ilaha Ilaallah".
.
Allah perkenankan.
.
Rasulullah saw berlari ke neraka dan berkata 
"Umatku, sebutlah La Ilaha Illallah. Aku akan selamatkan kamu".
.
Dasyatnya sayang Rasulullah pada umatnya.
Dia hanya membukakan pintu syurga untuk umatnya sedangkan dia tak masuk lagi ke dalam.
.
Takkan ada sesiapa boleh sayang kita sedalam itu.
Bukan ibubapa. 
Bukan pasangan. 
Hanya Rasulullah Nabi Muhammad saw
Sedangkan Rasulullah saw tak kenal kita. 
Dan kita berselawat pada dia pun malas. 
Rasulullah tak minta 
"Ya Allah selamatkan umatku yang berselawat banyak padaku".
Tak, dia tak mintak yang tu.
Yang tak ada amal pun dia selamatkan, yang penting itu umatnya. 
.
Pernah Rasulullah tanya kepada sahabat siapa yang paling Allah cintai, 
kemudian dijawab oleh para sahabat 
"Kami, sahabatmu yang dicintai Allah"
.
Rasulullah jawab 
"Kamu sahabat-sahabatku, sudah tentu Allah cintakan kamu. 
Tapi ada yang lebih Allah cintai. 
Mereka datang setelah kamu tiada. 
Mereka tidak pernah menyaksikan mukjizatku seperti kamu, 
tapi mereka beriman kepadaku. 
Allah mencintai mereka lebih dari kamu. 
Mereka adalah umatku. 
Allah sayangkan mereka kerana umatku adalah keluargaku".
.
Kita ni dianggap oleh Rasulullah saw sebagai keluarganya.
Padahal Rasulullah saw tau tak semua di kalangan kita setia pada dia. 
Baginda rela seluruh hidupnya berdepan dengan kesusahan agar hidayah sampai kepada kita. 
Tak ada siapa yang sanggup dihina, dicela, dilempar najis, 
habis harta agar dakwah dan hidayang ini sampai, 
melainkan Rasulullah saw. 
.
Lepas habis baca ni, berhenti sekajap dari buat apa-apa. 
Selawatlah.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...