Dia Tetap Sempurna - Anjell


lama x review novel
on top of that novel's
novel hard cover & order lama dah ni
sampai Jumaat petang tu
novel raya gitu
and...dah abis baca, last weekend

Dia Tetap Sempurna
by Anjell

baca kat rumah, bawak ke opis gak
sbb excited baca & tak sabar nak tau ending
byk plot twist dlm novel kali ni
ingat kan heroin dgn hero ni
eh...sekali ada muncul hero lain plak
best!

- #BLURB
 Versi pertama pertemuan mereka. 
Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah.
 Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. 
Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam
 yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. 
Ya, Dikejar kucing! 

Versi kedua pertemuan mereka. 
Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! 
Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan.
 Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.
 Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, 
mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian. 
“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH

 Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! 
Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. 
Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri.
 Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.
 Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya.
 Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya.
 Di mata kasar semua, 
hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna.

 Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. 
Dia tak sempurna. 
Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. 
No access. 
“Aku tak sempurna, Dara.” – ESKANDAR ARASYAH
 “Nobody is perfect.” – DARA NAILUFAR 
“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan,
 tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH 
“But you have everything.” – DARA NAILUFAR

 Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini.
 Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu,
 baginya manusia itu tak perlu menghukum. 
Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, 
mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

heroin - Dara
dpt invitation re union sekolah lama dia
as usual, memang tak la Dara nak join
but kena paksa dgn BFF dia
and...sbb lokasi yg  best
Dara pun on!

but utk kasi gempak lagi
dia cari la part time boyfriend so that dia takde la 
nampak sedih sgt depan Rania, perampas 1st boyfriend dia dulu

dalam dok cari2..terjumpa plak dgn Audi secara x sengaja
and boleh plak Audi mengaku Dara ni girlfriend dia..depan BFF dia
pulak!
Audi - anak Tan Sri, hensem..perfect la utk jadi boyfriend jadian Dara utk majlis re union tu nanti
ingatkan Audi la hero kan

bukan yer...

majlis re union
bukan Audi yg muncul tetapi Eskandar
ha..ni hero

first time Dara jumpa Eskandar
masa Eskandar buatkan rumah kucing rumah abg Dara
and Eskandar jadi hero..selamat kan Dara dr kucing
Dara ni takut kucing

Eskandar - tukang kayu
but bukan sebarang tukang kayu yer
tukang kayu yg wow!!!

sepanjang majlis re union atas cruise
Dara dilayan umpama puteri oleh Eskandar
and selepas majlis re union tu
makin kerap plak Eskandar & Dara bertemu

dah jodohkan
he he he
but its so sweet
Eskandar panggi Dara Sunshine
ala ala..tomei! unik!

they get married
but ada satu rahsia yg Eskandar rahsiakan dr Dara
sbb Eskandar takut Dara tak boleh terima dia lepas dara tau rahsia tu
sbb Eskandar rasa diri dia tak sempurna disebabkan rahsia tu

apa rahsia nya?
kena la baca novel ni
baru tau
serius best!!

kalau nak baca online,
tapi tak abis la tau
amik mood gitu

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comment:

  1. Ramai yang share pasal novel ini.. Limited edition kan yang hard cover ini.. Ohsem jalan cerita dia..

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...