Atouna Toufoule

antara lagu yg dlm playlist Mummy Ayu lately ni
masa tgh drive la....
Atouna Toufoule
or ejaan senangnya... Atuna Tufuli
but a few days back ni
bila dah baca & hayati lirik lagu ni...
Allahu....sayu nya

lagu ni didedikasikan untuk anak-anak yang tidak merasakan kebebasan 
kerana hidup di wilayah konflik, seperti di Palestina dan Somalia
but now lagu ni mcm viral sgt 
bila mengenangkan anak2 kita di Gaza, Palestine
hari2 kita boleh tgk banyak sgt gambar & video anak2 ini
di sosial media

subhanallah..comel2 semuanya
pelbagai sudut mereka dirakan & dikongsikan di media sosial
and yg membuatkan kita semua bertambah sayu
bilangan mereka yg terkorban juga
ramai di kalangan anak2 ini

bila menyentuh bab anak2 ni
Mummy Ayu memang extra sensitif sgt yer
and rasanya semua pun mcm tu kot...
Allahuakbar...
😭😭😭
berat sungguh ujian Allah buat mereka di sana
sayang sungguh Allah pada saudara2 kita di sana
moga syurga lah balasan buat mereka semua
tak terbayang betapa tabah & kuat nya diaorang hadapi semua dugaan ini kan
kita yg tgk & baca ni pun dah...luluh rasa nya
bayangkan mereka yg menghadapi semua itu..hari2
Allahuakbar....
hanya doa yg x putus buat mereka semua di sana
moga mereka terus kuat & tabah
moga mereka semua dibawah lindungan & rahmat Allah
moga mereka diberikan pahala & balasan syurga 
moga kemenangan buat mereka semua
aamiin....

Jeena N'ayedkon Bel-Eid Mnes'alkon
Lesh Ma Fee 'Enna La 'Ayyad Wula Zeineh

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a
Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam
Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a
Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Ardhi Zgheere Metli Zgheere
Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam 

I am a child
With something to say
Please listen to me
I am a child
Who wants to play
Why don't you let me

My doors are waiting
My friends are praying
Small hearts are begging
Give us a chance
Give us a chance

Give us a chance
Give us a chance
Give us a chance
Please, please, give us a chance

setiap kali dgr lagu ni
Mummy Ayu mesti termenangis
terbayang wajah anak2 kecil yg comel2 tu
😭😭😭
sedih sangat 
but think a positive side
mereka la bidadari syurga
semua dah happy dah di syurga
menanti untuk bersama ibu bapa mereka di sana nanti...
wallahualam....

Al fatihah buat semua saudara2 kita yg syahid...

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

7 comments:

  1. Sangat menyentuh hati lagu ni... Saya pun suka dengar lagu ni.. Semoga doa umat islam sedunia dimakmulkan supaya puak-puak zionis ni hapus dimuka bumi... Aamin Ya Rabb

    ReplyDelete
  2. Lagu ini cukup viral dan ngetop sekitar 4 th yang lalu di sini,menggambarkan keadaan rakyat Palestine ..kita di sini bebas scrolling hape sementara mereka berjuang melawan penindasan

    ReplyDelete
  3. Sebak hati dengar lagu ni kan..kalau dengar kat office ni boleh bergenang air mata

    ReplyDelete
  4. sungguh meruntun hati melihat post2 dari palestin, semoga segera dikurniakan kemenangan amin

    ReplyDelete
  5. sesiapa yang scroll tengok berita Palestine kalau tak nangis memang keras sungguh hati mereka. Sekarang ni naik bus mmg siap tisu sbb kalau skroll tik tok ada je cerita tentang palestine yang buat koyak terus airmata

    ReplyDelete
  6. MZ pun sgt suka lagu ni lately..sbb my son and my hubby both asyik dgr lagu ni ulang2...tajuk tu bahasa arab (MZ sek arab 6 tahun ie sek men) ..atuni tu berikan saya...tufuli tu zmn kanak2 saya.. :( :(

    ReplyDelete
  7. Mum, sejujurnya saya tak berani buka YT nya, saya takut menangis 😭. Dah bisa terbayangkan dari foto saja, ntah apa yg mereka rasakan. Akhir2 ini saya sensitif sangat trutama jika anak2 saya tak habiskan makanannya. Langsung teringat dengan semua anak di palestina 😭. Macam manalah mereka bisa makan dan minum ..sediih sangat.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...