Marilah kita sama sama membantu mana yang termampu ~ #GANDUMUNTUKSYRIA

okay..
Mummy Ayu nak share sikit ni
and...nak ajak kawan2 sama2 membantu
ada satu group di FB ni...selalu membantu saudara2 kita 
and..Mummy Ayu pun dah selalu men'join'kan diri juak
dengan beberapa siri program diaorang


baru2 ni...diaorang buat projer derma Al Quran  yg diterjemahkan ke bahasa Jepun
untuk saudara2 kita di Jepan

and..ada gak buat derma soft toys utk didermakan kpd anak2 pelarian Syria
utk kasi anak2 tu happy disamping boleh gak jadi bantal diaorang
kongsi sedikit kegembiraan bagi anak2 tu

and..now projek terbaru mereka
untuk derma gandum kepada saudara2 Syria kita
jom baca....

ASSALAMUALAIKUM wbt, 

MUSIM SEJUK BAKAL DATANG TIDAK LAMA LAGI MENGUJI SAUDARA-SAUDARA KITA 
DI SEMPADAN TURKEY SYRIA (DAN BEBERAPA SEMPADAN LAIN DAN JUGA PALESTINE) 
KITA MUNGKIN TIDAK MAMPU MENGANGKAT SENJATA TETAPI 
KITA MAMPU MENGHULURKAN KASIH DAN RASA KEMANUSIAAN 
UNTUK MEREKA MENERUSKAN AMANAH KEHIDUPAN.

ALHAMDULILLAH, seperti tahun lalu dan tahun ini juga, 
THE TELEKUNG PROJECT (PPM-018-10-15082012) 
meneruskan misi bantuan kemanusiaan 
untuk saudara kita di sempadan TURKEY - SYRIA. 
Sepanjang september yang lalu telahpun berlangsung 
pengumpulan SOFT TOYS 4 UKHWAH untuk diserahkan kepada 
anak-anak di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria.
 Oktober ini diteruskan pula dengan fasa pengumpulan Dana 
untuk Tepung Gandum dan pakaian winter.

INSHAALLAH, disamping sedang mengumpulkan pakaian 
dan keperluan winter seperti stokin, sarung tangan 
topi winter untuk dihantar ke sana, 
pihak TP juga sedang berusaha mengumpulkan DANA 
untuk menyediakan 100 tan tepung gandum 
untuk diserahkan kepada pihak NGO IHH, Turkey 
yang menjalankan usaha kilang roti di sempadan KILIS dan REYHANLI. 
Kilang itu beroperasi 24 jam untuk menyediakan roti 
dan diedarkan kepada pelarian syria di kem-kem seliaan mereka.

ANGGARAN DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH;

(pengiraan mengikut harga tepung gandum di Malaysia)

 100 tan = (100 tan x 1000 kg) = 100000 kg

 1 kg tepung = RM 1.50 (average harga tepung di malaysia)

Bermakna, anggaran dana diperlukan;

(RM 1.50 x 100000) = RM 150000 utk 100 tan tepung gandum.

Dana ini akan diserahkan kepada pihak NGO di turkey 
iaitu IHH untuk dimasukkan ke dalam tabung kilang roti syria.

Kepada yang sudi dan mahu menyumbang seikhlas hati boleh salurkan melalui;

🌺CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / 
Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

🌺MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / 
Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com 
dengan menyatakan WINTER AID FOR SYRIA 2017

SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151

‼️‼️‼️Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
https://fs30.formsite.com/telekungproject/winteraid4ukhwasyria2017/index.html

Kempen ini akan dibuka sepanjang bulan Oktober ini 
untuk mengumpulkan dana utk 100 tan tepung gandum 
buat bekalan makanan utk pelarian-pelarian di syria. 
Namun, jika jumlah yang diperlukan telah pun mencukupi, 
admin akan segera menutup kempen ini segera 
kerana jumlah dana yang diperlukan hanyalah untuk 100 tan gandum. 
Walaubagaimana pun, admin sentiasa memerlukan sokongan sahabat semua 
utk share posting ini, 
agar lebih ramai sahabat-sahabat turut membantu 
dan sudi berkongsi sekurang-kurangnya RM 1.50 (1 kg tepung gandum) 
untuk mengalas perut saudara kita yang diuji ujian kesejukan.

💡💡💡NOTA: JANGAN SERAHKAN SUMBANGAN BERBENTUK TEPUNG KEPADA KAMI 
KERANA URUSAN PEMBELIAN TEPUNG 
AKAN DIURUSKAN DI TURKEY, BUKAN DI MALAYSIA.

Kepada yang mempunyai PAKAIAN WINTER yang hendak disumbangkan 
boleh hantarkan/poskan kepada;

THE TELEKUNG PROJECT
NO.4 JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM
40150 SHAH ALAM, SELANGOR
0193597733 / 0197357151

(sila whatsapp puan saodah 0193597733 dahulu sebelum penghantaran)

💡💡💡NOTA PENTING: KAMI HANYA MENERIMA PAKAIAN WINTER SAHAJA DAN TIDAK MENERIMA PAKAIAN LAIN SELAIN DARIPADA KELENGKAPAN WINTER. HARAP MAKLUM. PASTIKAN PAKAIAN YG DIBERIKAN DALAM KEADAAN BAIK DAN BERSIH.

SEKALI LAGI, Admin sangat memerlukan jasa sahabat semua 
untuk kongsikan kebaikan ini kepada seramai mungkin 
agar kempen ini berjaya seperti yang disasarkan 
dan mampu membantu saudara kita yang bukan hanya diuji peperangan 
malahan bakal diuji dengan kesejukan. 
RM 1.50 tidak akan membuatkan kita jatuh miskin, 
malahan ia mampu memberikan sebuah nilai kasih sayang tanpa sempadan. 
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua 
dan juga usaha membantu saudara kita yang memerlukan.

Salam Ukhwah

Azila Aziz
3 OKTOBER 2017
13 MUHARRAM 1439H

okay...rasa nya dah complete semua kat atas ni
sbb Mummy Ayu pun copy & paste jer
but...for details lagi..
boleh jengah ke FB diaorang....

and setakat pagi ni...
nie update dr mereka.......

masih jauh lagi dr target mereka
so...jom ramai2
sama2 membantu mana yg termampu 
and sama2 kongsi dan sebarkan
supaya ramai lagi yg turut sama membantu
saudara2 kita di sana

"sharing is caring"
:-)

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

No comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...