Ian ~ Influenza A

setiap kali anak2 sakit
setiap kali tu la...mak mak akan tukar profession
jadi doktor merangkap nurse sekali
and..setiap kali tu la..kita akan belajar benda baru

mcm kali ni..
Ian kena influenza plak
laju jer...google
apa tu? mcm mana nak handle?
sebelum ni, memang pernah dengar & pernah tau
mcm mana nak elakkan
but now dah kena
kena la belajar mcm mana nak jaga
nak elakkan dr berjangkit
and..mcm mana nak sembuh semua

dapat MC 1  week....
sekolah kat sini......tengah cuti sebenarnya
but Ian & Iris pegi international school
so..jadual dia lain
still sekolah..time nak raya nati..baru cuti 2 bulan..
untuk masuk sem baru....bulan 8
tahun ni...summer school pun gi sekejab2 jer..sbb balik kg cuti raya
so... ini la hasil dr belajar ngan Mr Google

SOALAN LAZIM BERKAITAN PENYAKIT INFLUENZA A (H1N1)
  1. Apakah penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat Influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain.
  1. Bilakah penyakit Influenza A(H1N1) berlaku?
Rantau beriklim sederhana (temperate regions) seperti Negara Amerika Syarikat, mempunyai variasi musim penularan influenza yang jelas, dengan kemuncak penularan yang selalunya berlaku pada musim sejuk. Ini berbeza dengan rantau tropika (seperti Malaysia), di mana tiada musim penularan influenza yang jelas atau dengan kata lain, ianya berlaku sepanjang tahun.
  1. Apakah gejala/tanda-tanda jangkitan virus ini?
Gejala/tanda-tanda jangkitan virus influenza A (H1N1) adalah serupa dengan gejala Influenza-like-Illness (ILI) iaitu seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
Kebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat gejala/tanda-tanda ringan. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil pesakit terutamanya golongan berisiko tinggi mendapat gejala/tanda-tanda teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung) serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi (seperti asma) bertambah teruk.
  1. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk Influenza A (H1N1) di dalam komuniti adalah melalui cecair (droplet) batuk atau bersin daripada pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1).
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
  1. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka/pesakit mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga tujuh (7) hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam
  1. Siapakah golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti?
Golongan berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).
  1. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Orang awam terutamanya golongan berisiko tinggi boleh mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang turut meliputi Influenza A(H1N1) di fasiliti kesihatan swasta yang kini berada di pasaran.
  1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Terdapat ubat antiviral seperti oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital.
  1. Langkah – langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awam
 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa:
  • Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser dan mengamalkan adab batuk yang baik;
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat.
  • Bagi mereka yang mempunyai gejala Influenza-like-Illness (ILI) adalah dinasihatkan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai/tempat kerja dan perlu mendapatkan rawatan segera di klinik yang berhampiran.
  1. Adakah pesakit influenza A (H1N1) perlu dikuarantin?
Pesakit influenza A (H1N1) TIDAK perlu dikuarantin. Namun begitu, sekiranya anda berasa TIDAK SIHAT atau mengalami gejala selesema:
  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak;
  • Berehat dan meminum banyak air;
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol;
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda;
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakaimask dengan cara yang betul; dan
  • Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
  1. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja/institusi seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja/institusi seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

so...Mummy Ayu dah wat apa yg termampu
so far..byk improvement kat Ian
tak demam dahflu & batuk jer 
but..tu pun kena jaga sbb dr situ la boleh berjangkit
so..bila Mummy Ayu & Iris ada umah 
Ian memang kena pakai mask 
and..dia memang tak kuar umah la seminggu ni
takut jangkit kat orang lain plak
sian mana yg ada anak kecik tu
kan
semoga cepat sembuh yer sayang!!
sian dia..boring dok umah

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comment:

Jemputla komen di sini...