Bubur Asyura

semalam..Ibu buat bubur asyura
Mummy Ayu x makan sgt
rasa sikit je la

bubur asyura ini bubur yg ada mcm2 bahan
selalu org masak on 10 Muharam
Ibu ckp...boleh la..still dlm bulan Muharram
lagi satu yg uniknya
bahan2 yg digunakan utk buat bubur asyura ni...kena ada 10 bahan
kalau ada kurang or terlebih
bukan bubur asyura namanya...katanya lah

lagi satu..bubur asyura ni ada mcm2 versi
lain negeri, lain bubur syura nya
antaranya....

  • Bubur Asyura Utara - Teskturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur. Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek dan sangat manis rasanya. Dimasak dengan masa yang agak lama.

  • Bubur Asyura Pantai Timur - Teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan. Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.

  • Bubur Asyura Selatan - Tekstur yang lebih ceroi dan cair serta tidak manis, sama seperti bubur lambuk cuma ditambah pelbagai jenis kekacang.

kalu tgk yg Ibu buat semalam tu 
mcm bubur asyura utara

sejarah hari asyura

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. 

Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? 
Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). 
Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. 
Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda 
bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). 
Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. 
(Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. 
Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar,
 maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. 
Makanan yang dimasak itu ialah bubur. 
Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. 
Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan
 ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. 
Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: 
Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya.
 Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. 
(Riwayat Bukhari).

sharing is caring
 

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. samalah, saya pun ak berapa makan, tapi kalau orang bagi, sebat je la hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya suka yang jeni cair tu.. Yang kental tu tak berapa kena dengan tekak.. hehehe

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...