All the best sayang!!!

assalamualaikum...
salam Isnin
good morning semua

hari ni.. 1st day Ian SPM trial dia
all the best sayang
walaupun minggu ni baru ujian bertutur & mendengar

but still.. Mummy yg nervous kalahkan anak kot
alahai..
dah la ni 1st time anak Mummy Ayu amik big exam
terus SPM plak tu
no UPSR, no PT3...terus SPM

and walaupun trial baru
nervous jugak yer...
semoga Ian dpt buat yg terbaik ....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,

Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya ALLAH agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.
Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.

Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya ALLAH Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

A ALLAH, Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

aamiin ya rabbal alamin

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

11 comments:

  1. All the best buat Ian! Faham sangat perasaan MA tu, dulu masa saya ambik SPM, my dad yang bangun awal2 pagi kejutkan saya sebab tau saya tidur lambat nak ulangkaji. My mom yang temankan belajar sampai larut malam sambil bancuh kopi supaya mata segar time ulangkaji huhu...

    ReplyDelete
  2. All the best ian.. Semoga diterangkan hatinya. Dipermudah urusan dia. Diberi kesihatan yang baik sepanjang masa

    ReplyDelete
  3. All the best Ian... itulah tgk anak kazen pun dr 2 mgu lepas bz dgn amali percubaan.. mgu lepas percubaan spm pulak

    ReplyDelete
  4. Biasanya kalau anak yg exam, mak yg rasa kecut perutkan...
    hehehe..insya'Allah semoga Allah permudahkan segala urusan Ian menjawab exam nanti Aminnn

    ReplyDelete
  5. oral tu aku tau (kita pun ada dulu for both english and BM)..ujian mendengar tu camna ek?

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan Lan jawap periksa. Anak saya start trial hari Rabu.

    ReplyDelete
  7. Aaamiiin... Semoga Ian bisa mengikuti Exam ini dengan baik 🙏.. memang begitu mum, kadang anak yg ujian, kita sebagai parents yg stress 😅.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...