Khasiat bunga pokok kunyit

bukan pokok bunga je yg berbunga yer
pokok kunyit Mummy Ayu pun berbunga

pun baru perasan weeken lepas
ooo..pokok kunyit pun berbunga yer
dia kuar celah2 tu

Ibu kata sbb pokok tu dah cukup tua
sebab tu kuar bunga
emmm..mcm tu la plak kan

and Ibu cakap bunga pokok kunyit ni boleh makan
buat ulam

and bila Mummy Ayu google
banyak khasiat bunga pokok kunyit ni rupanya
antaranya
 mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim 
serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal

emmm..elok utk org baru bersalin
nak simpan utk adik Mummy Ayu 
punya la lama lagi kan

selain dr itu..
bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda 
serta kecantikan semulajadi luar dan dalam

wahhh

bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah 
yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain
and sesuai juga dibuat kerabu

wah..ni boleh cuba
nanti balik nak potong & try la
apa rasa agaknya kan?

ada kengkawan yg pernah makan ke...bunga pokok kunyit ni?
🤔🤔🤔 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

9 comments:

  1. ramai yang kata boleh makan... tapi tak pandai nak makan... tak sampai hati pun iya.. lawa lawa macam tu. takkan nak petik makan

    ReplyDelete
  2. Bunga kunyit..xpernah lagi..
    wah, buat ulam tu, boleh jadi awet muda, try laa kak..

    ReplyDelete
  3. jarang-jarang dpt tengok bunga pokok kunyit ni mummy ayu hehehe

    ReplyDelete
  4. Jangan dibuang atau dibiarkan layu.
    Buat ulaman banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  5. Wah first time tengok bunga kunyit

    ReplyDelete
  6. akak suka..cicah sambal belacan...bau memang kuat tapi sedap....

    ReplyDelete
  7. pernah nampak tp x penah mkn or buat apa2 dgn bunga ni

    ReplyDelete
  8. ari tu pokok kunyit MZ pun ada kuarkan bunga tapi MZ tak try mkn pun wpun tahu org ckp byk khasiat bunga kunyit tu

    ReplyDelete
  9. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba hutan yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...