Tuan Anas Mikael ~ Syamnurezmil

dah lama tak buat review novel
sbb nya..
dah lama jugak tak baca novel..
tahun nie ...more ke drama korea jer..

novel yg baru abis Mummy Ayu baca..
"Tuan Anas Mikael"
hasil karya .. Syamnurezmil
beli 2 buah novel..hari tu
but..baru baca sebuah jer..

best sgt novel ni
buat Mummy Ayu tersenyum sensorang
:-)

sinopsis belakang novel...
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.
Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...
“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL
Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...
Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!
“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH
Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.
Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?
“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL
sinopsis versi Mummy Ayu..of coz..

novel nie mengisahkan Ayu Maisarah..anak kepada Cik Su...
pembantu rumah kepada Tuan Anas Mikael ni..

Ayu nie.ganti kerja mak dia 1 hari jer..
but..Tuan Anas berkenan..terus amik keja sbg pembantu rumah dia..
gantikan Cik Su..
but..nama jer pembantu rumah
but..siap ada job description lagi
kena kejut bangun tido, siapkan pakaian, siapkan makan minum,
kena ikut gie opis..serba serbi la..
gaji..tip top.. RM 10,000 sebulan
tu yg Ayu tak tolak tu
tahan kan jer la..
dah la Tuan Anas ni..cerewet

rupa2 nya,..dia mempersiapkan Ayu..utk jadi calon isteri dia
patut la..
sbb mak dia kasi tempoh..cari calon isteri..utk reject Safra Arianna

so..bila Tuan Anas dah jumpa Ayu..
memang ok jer..
hingga la....timbul masalah..
bila masing2...dah suka sama suka

Tuan Anas lantik Ayu jadi pengurus projek..kat Krabi
and..kat Krabi la..satu persatu terbongkar
rupanya....banyak rahsia
rahsia..siapa Ayu?
rahsia kenapa Safra beria nak kawin ngan Tuan Anas
and..kat Krabi jugakla..
Ayu sedar..yg dia pun suka ngan Tuan Anas
and..Tuan Anas pun..mengakuinya

but..bila depan mak Tuan Anas..
Tuan Anas perkenalkan perempuan lain pula..sebagai bakal isteri
of coz la Ayu frust giler

emm..kenapa?
mengapa?
kena la baca novel nie

yg buat Mummy Ayu senyum sensorang
Tuan Anas tu..romantik sgt
siap mummy daddy lagi ....
so.bila tak jadi tu..memang kesian..
dah la nama pun sama
lebih memahami gitu
he he he

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comments:

  1. dah abis baca ek? best tak? suspen sgt tunggu kat astro, mcm kena beli je novel... hehe. btw nak tanye dlm novel ade tak mention siapa yg pakai cincin besaq dlm drama tu...misteri sgt! #niceblogbtw

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...