Shoplinks.Asia

Thursday, September 17, 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® bersama Mummy Ayu, Ian & Iris!!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: 
Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. 
Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi 
kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.


Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan
 suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, 
HighStreet, 1 Utama, 
kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka 
berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® 
– menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.


Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada,
 anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records
 untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® 
paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). 
Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda 
dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, 
dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!


Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya.
 Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga
 untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. 
PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan 
pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus,
 permainan tersusun dan galakan berterusan,
 kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran 
seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna 
dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual
 seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.


Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1:
 Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda
 untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia
 dengan paling tepat dan positif. 
Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, 
pensil warna atau krayon.

Langkah 2: 
Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. 
Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya.
 Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan
 dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain
 dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat 
pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: 
Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar 
kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!


Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, 
sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com

okay..jom tgk karya 3D Mummy Ayu bersama Ian & Iris..
nie warna2 yg kami ada
semua pun cantik2 & ceria & terang

Ian & Iris...tengah buat apa tu???

jenuh gak la..pikir nak buat apa
emmm???
"what most represents Malaysia to me?"

finally..
Mummy Ayu ngan Ian & Iris
buat nie..
v
v
v
v
v
v
rumah..
konon2 rumah kami la
but..of coz la bukan mcm rumah kami pun
but..its a house
with a car...
and..bendera Negeri Sembilan
sbb kami kan duduk Negeri Sembilan

nak buat buat pokok bunga..kecik sgt
he he he
simple2 jer..for fun..
Ian & Iris..suka jer..

reason Mummy Ayu pilih nak buat rumah....
bila sebut negaraku Malaysia
of co teringat rumah..tempat kita tinggal hari2..
tanah air kita...
so...sbb tu la Mummy Ayu buat rumah
boleh la kan?

Mummy Ayu ada gak campurkan beberapa warna..
utk hasilkan warna lain..

mcm warna coklat utk batang pokok ni..

and...warna ala2 kelabu..
utk tiang bendera nie
ok kan?
jgn tanya campur warna apa...sbb tak ingat
main try & error jer..
he he..

so..kengkawan..jom cuba asah bakat kreativiti anda & anak2 anda
selamat mencuba!!

4 comments:

Iela Fazielah said...

menarik...

Mama Darwiish said...

kreatif anak2 :)... mak pun teringin join ye

Ummu Athiyah Ismail said...

Best2..


Rahsia Masak Daging Cepat Empuk

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

Kita dah snap pic, tp tak up lg entry, tggu minggu dpn, Sabtu mggu dpn ayu join tak event Playdoh tu

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno