Dating Mr Enemy

semalam habis dah baca...
dalam 2 hari setengah gak la
kalau betul2 layan..berapa jam leh abis tu
tapi ni sambil2..
mcm2 nak kena buat
so..kena pandai curi masa la
nak tido..baca sikit
kat opis...layan skt
teman anak gi swimming..baca sikit

"Dating Mr Enemy"
 by Syamnuriezmil

in one word...COMEI
serius..jenuh dok gelak sorang2, senyum sorang2..
gelak tu la..paling banyak
and ada satu part tu, mengalir air mata..satu part je
part kasih sayang & take care to each other...Elena & Emran
sister & brother
terbaik la Syam!!!
as usual.. 5 bintang, full marks

tak pernah baca novel dia yg tak best

so..jom review sikit
1st..blurb dr Syam

BLURB
“Kau tulis apa, Emran Roshan?”

“Yang kakak rasa bersalah sebab tolak lamaran tu dan kakak rindukan dia?”

Gara-gara mesej itulah, Imdad Haziz muncul kembali setelah enam bulan menghilangkan diri dengan harapan baru. Masalahnya, itu semua hanyalah umpan untuk Imdad balik meraikan perkahwinan adiknya, Imelda Haura.
Cuak dengan tindakan Imdad yang mahu melamar kawan baiknya, Elena Rosha sekali lagi... Dia terpaksa menipu dan mengatakan Elena sudah pun mempunyai kekasih dan kekasihnya bakal menjadi pengapit di majlis perkahwinannya nanti.
Dalam proses mencari kekasih palsu, muncul satu perjanjian yang memerlukan Elena berkahwin dengan bosnya sendiri, Afgan Aliyan Goh. Perjanjian perkahwinan itu dibuat oleh Datin Rock, pengerusi Kumpulan Cempaka Holdings yang juga pemilik tadika, tempat Elena bekerja. Masalahnya, Elena tak pernah berjumpa dengan Datin Rock. Pelik dengan perjanjian tersebut, Elena mahu bersemuka dengan Datin Rock!
“Hesy!!! Kalau saya dapat buktikan yang saya tak terlibat dalam rancangan ni... Encik Afgan kena...”
“Kena apa?”
“Kena jadi pengapit pihak lelaki masa kat kenduri kahwin kawan baik saya!”

Ternyata, Elena menang dalam taruhan itu. Nak tak nak, Afgan terpaksa terima hakikat yang perjanjian perkahwinan ini sebenarnya bermula daripada dirinya sendiri. Tetapi, perjanjian perkahwinan itu tidak boleh dibatalkan. Sekiranya batal, Afgan tidak boleh menjadi CEO dan jawatan itu akan jatuh kepada sepupunya, Liam Mikhail. Elena pula akan dipecat.
Kerana Elena sayangkan kerjayanya sebagai cikgu tadika dan Afgan pula tekad untuk menyambung legasi arwah daddynya... Akhirnya, mereka bersetuju dengan cadangan Datin Rock untuk dating selama tiga bulan sebelum membuat keputusan.
Bermula dengan menjadi pengapit dan kekasih palsu, mereka mula saling mengenali. Kalau dulu musuh, pantang berjumpa selalu bergaduh. Sekarang musuh, pantang tak jumpa mulalah rindu!
“So, semua orang yang hampir seminggu tak jumpa saya... Semua rindu kat saya. Encik Afgan tak jumpa saya seminggu, rindu saya tak?”
“Saya tak jumpa awak sehari pun dah rindu, Cik Elena. Inikan pula seminggu...”

Betullah... Jatuh cinta itu sebenarnya musuh bagi orang yang berakal!
Masalah mula timbul apabila Afgan telah dilantik menjadi CEO sebelum tempoh dating tamat. Keadaan Elena mula kembali seperti biasa. Tiada lagi cinta, rindu dan sayang. Lebih Elena sakit hati apabila perjanjian dating yang dirahsiakan daripada pengetahuan semua orang, terbongkar. Imdad muncul menuntut janji...
“Abang memang kecewa dengan El. Lebih kecewa daripada apa yang Liam nak buat kat abang tu. Tapi, abang akan gantikan kekecewaan itu dengan kebahagiaan. El tunggu ajelah!”
Apakah kebahagian yang menanti Elena? Adakah lamaran daripada Imdad atau cinta daripada Afgan?
=========
review from Mummy Ayu

Elena anak yatim piatu
2 beradik je ngan Emran
Elena la yg jaga adik dia since dia umur 17 tahun & Emran umur 12 tahun

Elena... keja kat tadika
bukan sebarang cikgu tadika yer
dia ada ijazah pendidikan awal yer
so...bukan biasa2

dia mula jumpa dgn Afgan ...
pun dah lawak dah
adoi la

Afgan ni cucu kpd owner tadika tu..Datin Rock
which is dia tak pernah kenal pun
but Datin Rock ni boleh masukkan nama Elena
dlm perjanjian utk cucu dia...Afgan tu jadi CEO
Afgan kena dating ngan Elina dalam tempoh 3 bulan
baru leh jadi CEO kpd syarikat nenek dia tu  menyambung legasi daddy dia

bermula dr jadi pengapit masa wedding bestfriend Elena...Dada or Emelda
lawak gak part BFF 2 org ni
ada je..
diaorang best friend dari kecik
mak diaorang pun BFF
and...cita2 nak dpt anak pun..kasi jadi BFF gak

mama & papa Dada pun dah anggap diaorang mcm anak jugak dah
panggil pun papa mama bagai
tapi..abg Dada ni la..yg syok ngan El
siap melamar bagai
El tolak..terus lari bawak diri
tak balik rumah
so...masa wedding Dada tu
El suruh Emran pujuk Imdad balik
Emran plak....guna ayat kata kakak suruh balik sbb rasa bersalah
seolah2 kasi harapan la kat Imdad ni
adoi la....adik pun

Dadda cover ...kata El dah ada BF which is akan jadi pengapit pengantin lelaki
masa wedding dia

see..masing2...suka2 je
El penin...

but El ngan Afgan..serius comel
dr mamat kejung...
jadi somebody yg sgt caring + romantic

hari2 dpt bunga ok
sbb...Afgan nampak depan rumah El banyak bunga ros
sbb mak El suka roses
so..hari2..tanpa gagal dapat bunga

sekali Afgan cakap sayang
terus demam
dtg rumah..
masak bubur...masin plak
siap suap makan bagai

belajar main game ngan Emran
so..leh la get along ngan adik El

jalan cerita yg sempoi,
suka sangat baca
and..byk sgt gelak sorang2...
sbb comei sgt

kengkawan...
kalau nak baca
as usual
kena gi FB The Chapter Bookstore 
utk order novel ni
sbb ni special jual kat situ je
:-)

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. suspen baca tajuk td. terpikir nape pulak mummy ayu dating dengan enemy. Novel rupanya.

    ReplyDelete
  2. Novel Syamnuriezmil nie tak pernah lah tak berjaya buat pembaca gelak.. ada je idea dia..

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...