hari nie kan..Mummy Ayu baru mula keja
semalam MC
sbb food poisoning
rupa2nya...
kat opis...majoriti pun kena food poisoning
so...kesimpulannya....
makanan masa jamuan raya hari tu la
bila call pihak catering...
dia tak ngaku..kata kitaorg nak sabotaj dia plak
boleh?
tak tau mcm mana cita tu..
ramai yg senasib rupanya
cuma beza...ada yg teruk, ada yg kena sikit jer
majoriti...hari sabtu dah mula dah
ada sorang tu..balik jamuan tu dah start dah muntah2
Mummy Ayu plak..sabtu tu sakit2 sikit jer..
ahad petang baru start teruk
tu yg sampai ke isnin tu
so..meh kita baca sikit pasal food poisoning nie
punca2 utama yg menyebabkan keracunan makanan;-
~ makanan tidak disediakan dgn betul..
samada..kotor, tidak masak betul, tidak dibasuh dgn betul...
ataupun menyediakan makan yg sudah tidak elok
so....makanan itu dijangkiti bakteria
~ lagi satu..melalui air..air yg kotor atau tak masak..
ini juga boleh menyebabkan keracunan makanan
~ makanan laut juga mudah menyebabkan keracunan makan
samada cara penyediaan nya atau cara makanan itu dimasak
~ cara penyimpanan makanan..suhu yg tidak betul..
contohnya ayam, sepatutnya kalau nak simpan lama..kena frozen..
tapi kita simpan kat chiller jer..pas 2,3 hari.kita baru nak masak..
so..bakteria mula merebak..kita pun tak tau (mana nampak bakteria kan)..so masak....apa lagi
pas tu..kita pun makan
and..lepas sekurang2nya 6 - 8 jam...
kita pun mula la sakit
samada
~ sakit perut
~muntah2...
~ cirit birit
~ demam
~ atau kesemua yg di atas (lagi la teruk)
keracunan makanan yg normal selalunya makan masa dalam 24 - 48 jam sahaja
lepas jumpa doktor, makan ubat, makan antibiotik...ok dah
tapi.kalau kes2 yg serius....mungkin berlarutan juga la
so..memang kena jumpa doktor la kalau 2 hari tak ok..
air dalam badan dah kurang..asyik ke toilet jer....
maybe boleh menyebabkan masalah yg lebih serius
cara2 nak elakkan keracunan makanan:-
~ elakkan makan diluar
(sbb kita tak tahu cara2 penyediaannya)
tapi...nak buat mcm mana
kadang2 ada open house, kenduri kawin
busy.tak sempat nak masak
and ..jamuan..(mcm Mummy Ayu hari tu)
so..kena jugak la...
~ jaga kebersihan...sebelum, semasa dan selepas penyediaan makan
tak kira la kebersihan makanan atau pun kebersihan kita
cuci tangan, cuci makanan, cuci peralatan
semua kena bersih
~ kena tahu serba sedikit tentang makanan yg kita sediakan
contoh..makanan laut tak boleh la campurkan dgn makanan tenusu..
tambah2 lagi..kalau ianya masih mentah
itu boleh menyebabkan kontaminasi bersilang antara makanan mentah dan yang telah dimasak.
Kontaminasi bersilang adalah pemindahan bakteria atau mikroorganisma lain
dari satu makanan ke makanan yang lain.
Dengan bahasa mudahnya, pencemaran silang berlaku apabila
bakteria dan virus daripada permukaan tercemar berpindah kepada permukaan yang tidak tercemar. Bakteria ini boleh datang daripada orang, permukaan kerja atau peralatan dan makanan lain.
~ memasak dengan sempurna terutama bagi makanan yang mudah terdedah dengan bakteria seperti daging, ayam telur dan makanan laut. Proses memasak dengan sempurna bukan sahaja dapat menambah kelazatan, memudahkan penghadaman tapi juga bagi membunuh bakteria atau mikroorganisma lain pada makanan. Umumnya, memasak pada suhu didih selama 5 hingga 10 minit telah mencukupi untuk membunuh bakteria. Tetapi perlu dipastikan semua bahagian makanan yang dimasak terutama bahagian dalam makanan mencapai kepanasan yang secukupnya iaitu, sekurang-kurangnya 73 °C selama 15 saat.
~ makanan yang telah dimasak hendaklah dipanaskan dengan sempurna. Bagi memastikan makanan disediakan dan dimasak dengan sempurna, suhu memainkan peranan yang penting. Semasa menghidang, makanan hendaklah sentiasa panas (melebihi 60°C). Makanan yang telah dimasak tidak boleh ditinggalkan pada suhu bilik lebih dari 2 jam. Namun begitu, harus diingat, makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak boleh disimpan terlalu lama atau melebihi 5 hari. Makanan beku tidak digalakkan dinyahbeku pada suhu bilik kerana amalan ini dianggap tidak selamat. Makanan yang perlu dinyahbeku boleh melalui 3 cara pilihan seperti berikut:
i. Makanan yang disejuk beku hendaklah dialihkan dahulu ke bahagian dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum digunakan .
ii. Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air dan diletakkan di bawah air paip yang mengalir.
iii. Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus.
~ menggunakan air dan bahan mentah yang selamat. Air yang selamat adalah air yang telah dirawat dan membolehkan anda menggunakannya atau minum dengan selamat. Bahan mentah pula perlulah segar, berkhasiat dan selamat. Seperti yang diketahui sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih berkhasiat sekiranya dimakan tanpa dimasak. Oleh itu, pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan. Bagi makanan terproses, pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.
1.1 Suhu Makanan & pertumbuhan bacteria
74 hingga 100°C Suhu memasak membunuh kebanyakan bakteria.
63 hingga 74°C Suhu hangat menghalang pertumbuhan tetapi sesetengah bakteria boleh hidup
5 hingga 63°C ZON BAHAYA
Pertumbuhan pantas bakteria & penghasilan toksin
0 hingga 5°C Peti sejuk, memperlahankan pertumbuhan sesetengah bakteria
-18 hingga 0°C Pembekuan menghentikan pertumbuhan, tetapi bakteria masih hidup
sekian..
(panjang nya entry nie...just nak share so kita boleh berhati2..)
sumber : sini and pengetahuan umum...sikit2..
:-)
kesian ayu...
ReplyDeletemoga cepat sembuh ye...
penah juga kat opis ni ramai yg sakit perut pas jamuan raya kat hotel 6 bintang.. sbb ramai sgt yg sakit perut ketua pengarah kami panggil manager hotel tu dtg opis. taktau la apa citernya..
ReplyDeleteselamba je tak nak mengaku.. cuba buat questionare makanan apa yg rata2 makan dan sakit perut tu.. harap2 cpt baik ok.. raya belom habis ni..
ReplyDelete