Shoplinks.Asia

Tuesday, August 26, 2014

Saat Hilang Cintamu ~ Acik Lana

okay..kan dah janji nak nak update pasal novel terbaru Mummy Ayu..
dah sampai dah..
suka..suka..
and...dah abis baca dah pun..

memang best & terbaik!!
hasil karya Acik Lana..tak pernah menghampakan
and..bila dah start baca..memang tak nak  letak
nak baca laju jer..
Saat Hilang Cintamu..

sinopsis belakang novel.....
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!

“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.

Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.

Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.


Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?

and..sebelum sinopsis versi Mummy Ayu
kalu kengkawan nak baca sikit dulu..ada kat blog Acik Lana..
yes..leh baca online..
ada dr part 1...sampai part 44
kalau dah mula baca.sure excited punya la..
klik kat colum novel...cari tajuk..Saat hilang Cintamu..
ada part 1 - part 25..but....kalau cari dan cari lagi (google pun bole)
ada sampai part 44...memang terbaik sgt!!

mcm Mummy Ayu..baca online pagi..ptg terus order
novel ni..hasil cetakan Booku Enterprise..Acik Lana punya syarikat percetakan
so far..novel nie lum ada jual kat mana2 kedai buku...
so..kalau berminat..kena order terus dr Acik Lana (kat Fb)
or..kat blog pun ada tulis cara2 nak order..klik sini
or as stated..bawah ni
(Mummy Ayu tlg promo plak yer) 

SAAT HILANG CINTAMU BUKAN NOVEL LIMITED. STOK BANYAK!!

1)  Harga Buku   :  RM35 (Free pos) - Semenanjung Malaysia
                             RM40 (Termasuk pos) - Sabah/Sarawak

2) Bayaran hendaklah dibuat ke akaun CIMB. Sorry sebab MBB susah sangat nk bukak acct dia.
    Acct No :  8602031024
    Name     :  Booku Enterprise
    Bahagian Payment details (online banking sahaja) Sila letak nama masing2 ya.

3) Emelkan bukti bayaran ke langgan.booku@gmail.com.

kalau tak ada scanner boleh screenshot atau jugak ambil gambar slip tu dengan jelas. Email yang tak ada bukti bayaran TIDAK AKAN DIREKOD okay? jangan lupa, ini paling penting.  :)

3)  Copy paste butiran di bawah dalam email.

     Nama                 :
     Alamat                :
     No. Tel               :
     Email                  :
     Jumlah Buku       :

4)  Selepas email, anda akan terima auto-reply dari pihak Booku Enterprise. kalau tunggu sejam dua tak ada reply jugak, tolong email sekali lagi okay.

5)  Yang bank in guna cash deposit machine, tolong note sekali dalam email kalau ada baki bayaran.

okay..
jom layan sinopsis versi Mummy Ayu
(kalau ada yg nak layan la)

novel nie mengisahkan..heroin..Izzara Herlina
nie watak Izzara yg digambarkan oleh Acik..

Izzara nie baru balik dr US...7 tahun dia duduk kat sana
bawa diri + merajuk + kecewa gitu
sbb boyfriend dia..kawin ngan kakak tiri dia
sian..

so...dah 7 tahun merantau..dia pun balik
beli rumah...sebelah sorang mamat ni....Dayyan Idraqi
nie watak Dayyan/ Raqi....gambaran Acik ..
(encemnya..Jang Geun Suk)
nak jadi cita... Dayyan/ Raqi nie..penyanyi polular yg meletup2..
tapi..sbb Izzara ni kan baru balik dr luar negar
so...dia tak kenal la 
bila terserempak pun...Dayyan nie heran la..sbb Izzara tak keja2 dia..minta autograph bagai
and..Izzara  plak heran..sbb ada perempuan semua kejar2 Dayyan nie..

and..nak lagi best..diaorang nie berjiran
emm..
mula2 gaduh...
Dayyan ni bising..nyanyi2 semua
pas tu..ok..
sbb Izzara minta tlg..siap kasi upah
and..dr situ..diaorang mula ok
Dayyan suka sbb bila dgn Izaara..dia leh jadi diri dia sendiri..
sbb Izzara tak kenal dia siapa....artis popular
but..lama2..Izzara dapat tau juga
and..nak lagi best..Izzara digossipkan dgn Dayyan
kononya diaorang bercinta

mula2...masing2 nak nafikan
tapi..
atas sebab2.. tertentu...
masing2 mengakui..kononnya diaorang bercinta..
couple olok2...

pas tu muncul plak..Hazim..x-boyfriend Izzara merangkap abg ipar
pas tu...Faril....opis mate Izzara
masing2 try nak dapatkan Izzara
Dayyan..mula2 buat dek
tapi..lama2..dia mula marah & jelous

ending nya..????
kena la baca novel ni...
and..nak baca..kena la dapatkan  novel ni
gerenti puas hati punya la...

:-)
♡♥♡♥♡♥♡♥♡

4 comments:

eima said...

nasib baik tak minat baca novel .. klu mampuih aku terjebak sama..

tp watak tu Kpop tu tatahan tu hahahha

Ryanna Ad said...

Wahh dah baca! Kite nak tunggu gaji Jumaat ni baru nak beli. Huhuhuh..

Iela Fazielah said...

wah..menarik buku ni....leh order gak...

Irz Zack said...

amboi cemas. nasib tak cita yang last sekali ending dia. macam best plak. nak2 plak gambaran semua artis korea harus berangan jugak nak tengok novel pastuh berangan artis yg kita minat.. heheh tq for sharing. :D

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno