ok...novel kedua yg dah abis Mummy Ayu baca
pun best....
best sangat2 la...
jom Mummy Ayu share sikit....
Kerana Terpaksa Aku Relakan
keluaran..Karya Seni
hasil nukilan ...Umie Nadzimah
sinopsis belakang buku....
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
and o coz sinopsis versi Mummy Ayu..
Indah Halina dibuang oleh bapanya angkara ibu & kakak tirinya
kesian dia ..dah la tak pernah kena dgn Ibu dia sendiri sejak kecil lagi
dah rezeki Indah..terjumpa plak dgn Dato' Safiya,
dapat jadi anak angkat kepada Dato' Safiya merangkap PA Dato'
Dato' Safiya pun takde anak perempuan..so..memang suka sangat bila dapat Indah
anak2nya..Tajul Razin, Tajul Fahin & Tajul Zahin
semuanya berbeza2.....
mula2 .. Tajul Razin aka Abang Zen tak suka..marah sangat la ngan Indah nie
dia dituduh cuba mengikis harat keluarga mereka
tapi sedikit demi sedikit
hubungan dingin itu bertukar menjadi bunga2 cinta..chewah
Indah - Abang Zen....so sweet
pas tu muncul plak adik dia, Tajul Fahin, seorang playboy terkenal
pun minat jugak dengan Indah..pulak...
elak punya elak
sampai tak boleh elak
Abang Zen mengalah
Indah dilepaskan untuk adiknya Fahin
demi untuk mengubah perangai Fahin
dan demi kegembiraan Mama mereka
relakah Indah?
of coz la tak rela
sedih sangat time tu
tapi....disebabkan marah
Indah terima juga Tajul Fahin
siap2 dah untuk kawin
lagi cedih.sian Indah, sian Abg Zen
tapi...
hah..sesuatu berlaku..
emmmm...
nak tahu apa..
kena la baca
pas tu dalam masa yg sama
Mak tiri & kakak tiri Indah still tak puas hati
sbb Indah masih bahagia walaupun dah dibuang keluarga
tak sah kalau takde watak jahat kan
mcm2 cuba dilakukan
tapi semuanya berjaya dihalang oleh....Abg Zen (hero kan)
ok la...kena baca kalau nak tahu
memang best
and as usual..
leh beli secara online
klik kat sini
dapat diskaun & wang pos pun free...
(buat promotion plak..)
best ek Ayu..tgh kumpul danan baru untuk novel2 baru..hehee
ReplyDeleteKENA CARIK JUGAK NI...
ReplyDeletebest novel ni.....banyak kali nangis sebab novel ni...boleh bayang pengorbanan abg zen untuk indah..huhuhu drama pulak... kita tunggu boleh ke tak
ReplyDelete