Shoplinks.Asia

Wednesday, January 14, 2015

Novel terbaru Acik Lana ~ Kerana Aku Untukmu

hari tu kan..Mummy Ayu dah cerita..
(which that I wont miss it)

"Kerana Aku Untukmu"
dok la usung ke hulu ke hilir
bawak balik, bawak gie opis
ada la 3, 4 hari gak
tak mula2 baca..sbb mood takde

tapi..sekali bila start baca......memang susah nak stop
tak sampai 2 hari.habis dah Mummy Ayu baca
as usual...novel2 Acik Lana memang best!!!
jalan cerita yg lain dr yg lain
and..tak disangka kot..
emm...

meh Mummy Ayu review sikit yer..
:-)

sinopsis belakang novel:-
BLURB
DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!
“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia
Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.
ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.
Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!
Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia
“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry
Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?

and...sinopsis versi Mummy Ayu:-
novel kali nie memang mengejutkan sbb heronya..
Darriz Imdad jatuh cinta pandang pertama dgn heroinnya...Zenia
tapi..yg terkejutnya..Zenia ni isteri orang
hah?? terkejut kan?
sian Darriz..bila dia dpt tau Zenia ni isteri orang (isteri Fakhry)
dia frust sgt and dia cuba suka kat Erika..but dia still ingat kat Zenia

Zenia...terpaksa menerima Fakhry sbg suami sbb Zenia ni anak yatim piatu
duduk kat rumah anak yatim yg diuruskan oeh mama kpd Fakhry
so..mcm terhutang budi la
Fakhry nie plak...kaki berfoya2..mama dia risau
so..mama dia jodohkan dgn Zenia..dgn harapan bila dah kawin nanti..
ada tanggungjawab...Fakhry boleh berubah
boleh ker??
plus..kalau Fakhry tak kawin..tak dpt harta mama dia
so..Fakhry pun terpaksa la kawin..

but..perkahwinan diaorang just on paper..
dlm rumah..bilik asing2..bawa hal pun masing2..
Zenia..memang tak bahagia
Fakhry still ngan perangai lama dia..berfoya2..
bawa balik perempuan 
and..lately dia sudah pandai angkat tangan ke Zenia

time ni la hero muncul...Darriz
dia tolong Zenia...
Darriz ni boss kat tempat kerja Zenia
bila dia dpt tau Zenia kena pukul ngan laki dia
Darriz cuba tolong & bila dia tau Zenia tak bahagia
Darriz nekad utk dapatkan Zenia

berjayakan Darriz & Zenia bersatu?
Fakhry...takkan senang2 nak lepaskan Zenia?
apa halangan cinta mereka?

ha..nak tau..kena la baca..Kerana Aku Untukmu by Acik Lana

to Acik Lana..congrates!! and keep on writting....

2 comments:

CikSiti said...

amboi feelingnya cerita ni hehe..payah ni jatuh cinta dengan isteri orang

Nur Inani said...

lama dah tak baca novel acik lana ni :D

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno