Shoplinks.Asia

Monday, October 19, 2015

First time..meroti.

dah lama Ibu nak try buat roti
dok la tangguh2..

sabtu lepas..Mummy Ayu ngan Ibu meroti la..utk kali pertamanya..

tak de susah mana pun..
meh tgk...resepinya..

bahan2nya:-
500 gm tepung gandum
300 ml susu segar
1 pkt yis kering
100 gm mentega di potong dadu
3 sudu besar gula castor
1 biji telur gred A
secubit garam
1 sudu kecil bread improver

cara-caranya:
campurkan tepung, yis, mentega dan gula,
uli sehingga sebati..

lepas tu..masukan susu dan garam
uli hingga jadi adunan

uli dan uli...selama lebih kurang 15 minit
biarkan adunan selama 1 jam
sampai dia naik

pas tu..boleh la buat bentuk atau isi dengan inti yg kita suka
mcm Mummy Ayu..
letak sausage..
potong2 mcm ni

than silang seli kan..

siap..
paipkan cili sos & mayonis
kalau suka..leh tabur mix vege
Mummy Ayu tak letak pun..
letak mozarella cheese pun boleh

yg ni...Mummy Ayu letak isi ayam

ok..siap semua
bakar dgn suhu 180 celcius
selama 25-30 minit

pas tu..boleh la dihidang.
emmm..
rasa ok .. lebuh
but rupa..tak cantik sgt
nak try lagi..nanti..

4 comments:

Lelord said...

hehehehee lepas ni mesti gian meroti

Iela Fazielah said...

Menarik la ayu

adianiez AIDA said...

prektis. lama2 nanti cantik la kejadian roti tu.
aida dulu awal2 pun aduhai tak boleh di makan :)
selalu buat, skang boleh la jadik nyer.

adianiez AIDA said...

prektis. lama2 nanti cantik la kejadian roti tu.
aida dulu awal2 pun aduhai tak boleh di makan :)
selalu buat, skang boleh la jadik nyer.

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno