Shoplinks.Asia

Tuesday, April 5, 2016

"The Lion Guard" kesinambungan dari "The Lion King"

Karya hebat terbitan Disney, 
“The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard,” 

sebuah siri televisyen yang akan ditayangkan 
pada pada 17 April, 8.30 pagi 
di Saluran Disney (Saluran Astro 615) 

 Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, 
yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” 
iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. 

Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, 
“The Lion Guard” mengisahkan pengembaraan Kion dan pasukan “The Lion Guard”.
 Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh
 singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. 
Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya 
yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut.
 Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, 
Bunga, seekor “honey badger” yang berani, 
Ono, bangau yang bijak,
 Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, 
dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. 

Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. 
Menerusi rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.

“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti 
James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa,
 sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba 
dan Gabrielle Union sebagai Nala. 
Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles.
 Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; 
Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli;
 dan Dusan Brown sebagai Beshte.

Sabtu lepas.... Mummy Ayu berpeluang menghadiri Screening Event untuk The Lion Guard nie
bertempat di Marmalade, Bangsar Village

kami sampai awal gak...
register dulu...

cantik sangat deco-deco kat Marmalade tu..
see.....ada belon belon
memang kids suka la..

ada hadiah utk kuiz-kuiz..
emm..Ian & Iris excited nak juga
Mummy Ayu kata..kena jawab soalan dulu..baru la dapat...

dah settle daftar semua
Art & Craft Session..
ada warna-warna
and..buat mask
Ian & Iris...laju jer..nak buat topeng dulu
diaorang pun busy..gunting2..
kami bukan betiga..dtg ngan adik Mummy Ayu..Shyra...
:-)
tq Untie Shyra..temankan kami & drive kami ke sini

dah siap dah..
sempat la bergurau senda
jangan gaduh betul2..sudah la...

ok..siap..ready nak mula dah
masing2 ngan topeng Kion

sebelum mula...ada satu challenge..
semua kids nak join..
Iris terpilih, Ian tak dpt
next time key Ian..

"roar' challenge....
kena buat bunyi roar yg kuat
emm...
Iris dah la malu malu
ada la bunyi pun pelan jer


ok la ..for fun kan...

and...dapat buku nota disney tu
suka la dia..

pas tu..mula dah cartoon..
semua pun leka layan
serius..memang menariks
dgn watak2 yg comel, animasi yg sgt cantik
latar belakang pun cantik
best sangat!!!

jangan kata bebudak...mak budak pun leka..
mesti kena tengok ni..
The Lion Guard.. bermula 17 April jam 8.30 pagi di chanbel Disney 615

lepas dah abis 2 episod..
ada satu lagi kuiz
sekali lagi....berebut nak jawab..
hadiah kali ni ...best & comel
Ian..memang dah target nak Kion tu
and finally....alhamdulillah
dapat gak yg dia nak tu..
patung Kion..dalam pelukan Ian
suka la dia
:-)

semua pemenang ngan hadiah yg dimenangi

Iris..leka mewarna plak

4 of us...

makan time..

menu yg disediakan..
yum yum

Abang Ian & Iris pun...cedap!!

nie Mummy Ayu punya
semua nak rasa..
he he he..

pas makan..posing2 lagi

ok...jom balik..
sambung posing2 kat luar plak
3 of us...

and...
4 of us..

tq to Sophia & Jessica...
sbb invite Mummy Ayu lagi..
suka sangat & we had so much fun!!

roar!!!!!

jangan lupa...layan The Lion Guard
bermula 17 April 8.30 pagi..Astro ....channel 615
best!!!

1 comment:

AyuArjuna BiGoshh said...

sedap2kan food dier :)

happy jumpa ayu...lama dah tak jumpa akhirnya jumpa kat sini :)

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno