Jom kita tukar2 klik...ma acih!!

Tuesday, July 31, 2012

Tanpa Ian & Iris

sabtu lepas...
Mummy Ayu gie PARAM kat Ampangan
yes...without Ian & Iris
actually dr Tesco..ikut Ubu beli baang dapur
than amik my sis kat senawang
than terus ke Ampangan
Ian & Iris tido..petang kan..memang time diaorang tido
so..senang la nak jenjalan
PARAM kat Ampangan nie tak besar sangat
tapi..
raaaaaammmmmaaaaaiiiii sgt orang
padat.....
makanan..memang macam macam jenis ada
sebut jer..rasanya semua ada la
and hasil shopping Mummy Ayu petang tu
sebelah tangan pun tak penuh key
alhamdulillah..memang boleh kontrol bila beli makanan kat PARAM

and..balik tu la yg beli bunga api for Ian & Iris
upah kena tinggal...

Kejora Di Langit Cinta

update novel lagi
sebelum baca novel Siapa Orang Gajiku
Mummy Ayu dok layan jiwang baca novel nie
pinjam kat adik kat opis nie
yg sama minat layan novel
Kejora Di Langit Cinta
keluaran Alaf 21
hasil nukilan Anis Ayuni
emmmmm....top novelis gak nie
memang best layan
sinopsis kat belakang novel:-
and of coz..sinopsis versi Mummy Ayu:-

Faradila seorang guru, tinggal ngan Haneen, adik perempuan dia
and mak dia.
Bapanya telah meninggal dunia dengan cara yang mengguris perasaan mereka bertiga.
Time bapa dia meninggal, time tu la baru terbongkar rahsia
yg bapanya telah mempunyai siteri baru dan mempunyai seroang lagi anak perempuan.

Disebabkan iru, Faradila berhati2 bila menyentuh bab lelaki.

Tapi hati nya telah disentuh oleh Khalish.
Seorang lekai yg bertindak sebagai mahram dia & mak dia semasa menunaikan umrah 4 tahun sebelumnya.

Faradila selalu teringat kat Khalish
and rupanya Khalish pun sama.

bermula dengan surat....
dan dikuti dengan pertemuan demi pertemuan
dan dengan restu kedua belah pihak
maka Faradila & Khalish pun bertunang.

Tiba-tiba muncul pula Datuk Azlan, bapa kepada anak muridnya
macam menunjukkan minat kepada Faradila
tapi rupanya2....ada udang disebalik mee..
emmm...

and time2 tengah2 happy
tiba2 jer...
Haneen meninggal dunia..accident
sedih sangat time nie
Mak Faradila nie sedih sangat
and macam susah nak terima hakikat
and time tu Faradila bawak balik seorang kanak2 perempuan...Rania
yang diharapkan dapat mengubat kesedihan mak dia
tapi.....disebalik tu...ada rahsia yang besar

best la novel ni
jalan cerita dia pun best sgt...



Siapa Orang Gajiku

okay...
dah abis dah baca satu daripada tiga novel baru Mummy Ayu beli hari tu
and seprti biasa
Mummy Ayu akan share sikit la sinopsis novel tu..
1st yg Mummy Ayu baca
Siapa Orang Gajiku
keluaran Karya Seni
Hasil nukilan Azimah Lily
sinopsis kat belakang buku tu...
sinopsis versi Mummy Ayu:-

disebabkan Datin Mawar, mak kepada Aina,
Aina terpaksa  menyembunyikan dirinya dan menerima tawaran Tengku Fauziah untuk menjadi 'orang gaji'
kenapa?..kena la baca kalau nak tau..

Disamping menjadi orang gaji, Aina juga mempunyai tugas lain
iaitu merawat cucu Tengku Fauziah, Haikal
yang dah tak rupa orang sebab ditinggalkan tunangnya, Sofea 
pada hari pernikahan mereka

Haikal........tak keluar bilik, tak makan, tak potong rambut, tak bercukur, tak mandi, tak pegi kerja
semuanya gara Sofea.
Satu persatu berjaya Aina atasi dengan pelbagai caranya yang tersendiri
walaupun dibenci dan dihina oleh Mama Haikal, Tengku Fazira

bila semuanya dah ok
Haikal pulak dok buli Aina
disuruh itu ini...tapi berjaya Aina lalui
itu yg membuatkan Haikal hairan..
siapa orang gaji dia yang sebenarnya???

disaat Haikal telah berjaya melupai Sofea,
Sofea muncul kembali cuba merebut cinta Haikal kembali
adakah misi Sofea itu berjaya?
kenapa Aina pula cemburu?
Haikal pun cemburu jugak bila ternampak Aina dengan Aril

emm....
best sangat.....
novel nie novel terbaru keluaran Karya Seni
kalau nak beli secara online
leh la ke laman web dia kat sini..
boleh dapat diskaun & pos free
cepat plak tu..

psstt..novel bulan ogos dah ditayangkan kat website dia
dua2 pun best gak
ini yg tak sabar jugak nie..
:-)

Dah main bunga api dah?

salam and morning semua....
pagi ne Mummy Ayu sampai awal kat opis
so..laju jer la online......BW jab
than update......
~~~
pic weekend lepas
sbb dah janji ngan Ian....
dia be good, puasa ok...
Mummy Ayu pun belikan la bunga api nie
apa lagi suka la dia
tapi beli sikit jer....
and...memang bunga api jer
no mercun..Mummy Ayu tak berani
beli bunga api yg besi nie & yg asap tu
tapi yg asap tu..mcm tak ok jer
so..just main yg nie jer
tu pun..
Ian sorang jer yg berani main
Iris & Iqi tengok dr jauh jer
dua2 takut
bagus gak takut
Ian main pun..Mummy Ayu ada
bahaya gak kalu biar kan jer

emm..tahun nie mcm awal plak main bunga api
tahun lepas..rasanya dah pertengahan puasa baru main
tapi masa time kita kecik2 dulu gak best
meriah bila bab main bunga api

Monday, July 30, 2012

Weekend kami.....

ok....update aktiviti weekend kami minggu lepas...
ialah....
tak ke mana mana pun
just lepak kat rumah..
he he he..
harap2 weekend nie leh la jenjalan

Dah sampai dah yang ku nanti...

hari selasa ....Mummy Ayu order
hari Rabu ...buat payment
and hari Jumaat...dah sampai...
:-)
bagus kan?
cepat tul service dua2....
sbb ada dua bungkusan
emmm...
agak2..
apa yg Mummy Ayu shopping tu?
baju raya.....???
v
v
v
v
v
bukan....
tapi....
novel2 ku.
he he he
kali nie order 1 dari Kaki Novel
and 2 dari Karya Seni
yg Mummy Ayu dok tunggu2 hari tu
best2..
now baru mula baca sebuah..and nak abis dah
nanti Mummy Ayu share kat sini
:-)

Ma acih!!

salam and morning kengkawan semua!!
selamat hari isnin
hari nie..dah ramadhan ke 10
sekejab jer rasa kan?
jumaat lepas dapat hadiah aka buah tangan gitu
special lagi
daripada....
emmmm...
cantik kan box dia actually dapat bungkusan nie kat opis
so..bagi la sorang sikit
and Mummy Ayu pun dapat satu
isi kat dalam..
kurma with dried fruit


Friday, July 27, 2012

Selamat berhujung minggu!!

hari nie macam no idea jer
tu yg kureng entry nie
pas tu..dok busy layan novel....
:-)

Weekend Scraps, Graphics and Comments for orkut, myspace
so....
just wanna wish kat kengkawan..
happy weekend
have a great weekend!!
apa plan weekend nie?
shopping raya ker?

Fadilat& keistimewaan bulan ramadhan.....

salam jumaat & salam ramadhan
sedar tak sedar
dah seminggu dah kita berpuasa
alhamdulillah....
dalam bulan ramadhan nie
banyak sangat fadilat & kelebihannya bagi kita semua
antaranya.....
subhanallah..banyak kan keistimewaan bulan ramadhan nie
selain dr itu...
~ bulan Ramadhan juga bulan yang Agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah antaranya puasa, tarawih, iktikaf, doa, munajat, tadarrus dan sebagainya.
~ bulan Ramadhan adalan bulan keampunan, keberkatan 
~ bulan Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.
~ dalam bulan Ramadhan ada Lailatulqadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
~ bulan Ramadhan adalan bulan permulaan Al-Quran diturunkan
~ pada bulan Ramadhan, semua pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
~ pada bulan Ramadhan, semua syaitan-syaitan diikat.
~ dan pada bulan Ramadhan juga..semua pahala dilipatgandakan. Amalan sunat dikira pahala amalan fardhu dan amalan fardhu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.
Allahuakhbar!!

so..mari la kita sama2 merebut keistimewaan bulan Ramadhan nie

* saja nak share good info,
Mummy Ayu dapat pamplet yg ada isi2 nie..last friday, masa tunggu bas nak balik
ada orang dr Masjid Jamek Kuala Lumpur edarkan
sempena nak sambut Ramadhan

Thursday, July 26, 2012

Sahur rumah sendiri

after 3 hari dok bersahur kat rumah Ibu
(cik Daddy duty..tak balik..so Mummy Ayu stay rumah Ibu jer)
pagi tadi...
bersahur kat rumah sendiri
kena bangun awal....selalu Ibu yg awal lagi
kena masak sorang2...selalu masak ngan Ibu
and kena kemas sorang2 gak...selalu ada adik yg tolong
:-(
and nasib lauk ok 
sambal goreng tempe..bawak balik dr rumah Ibu
ikan bakar .... Daddy masak kat tempat keja semalam
khas untuk Mummy Ayu..penuh kasih sayang
yum yum..cedap..banyak..tapi lupa nak snap...
ayam goreng kunyit..masak
sayur buncis...masak
ok la kan?
bangun kul 4.15..than sahur
pas tu kemas2..
settle..
terus siap gi keja
sambung tido dlm bas
boleh?

Air yang sedap time buka puasa..

emm...nak share pic minuman plak
asyik pic makanan jer
okey..
kalau time buka puasa..
kengkawan suka minum air apa?
soya bean
air sirap
air tebu
air buah-buahan
nie air time berbuka semalam...
Mummy Ayu pulak..
suka berbuka ngan air teh bunga chrysanthemum atau pun teh bunga kekwa
selalunya kalu gie PARAM pun..
Mummy Ayu suka beli air teh bunga nie
tak pun..beli yg dlm kotak jer
tapi tahun ni..
adik ipar bagi yg kering punya (banyak plak tu)
lagi elok sbb takde campuran apa2 bahan lain
yg nie..bunga yg dah dikeringkan
rebus kasi kembang bunga tu
and of coz..
sampai boiling airnya
than tapis..
letak gula...
than tambah ais..
yummy...
jangan  rebus bunga yg lum kering plak yer
he he he
jom kita baca sikit pasal teh bunga ni...

hanya bunga chrysanthemum coronarium sahaja spesis  yang boleh dimakan
spesies itu mengeluarkan bunga kuning atau jingga yg sesuai dibuat teh

Bunga kekwa, yg berasal dr keluarga compositae, mengandungi antara lain asid amino, 
adeninecholine dan stachydrine yg bertindak 
menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari.

Sering digunakan dalam perubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam, melegakan kerongkong dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata
Digunakan juga sebagai stimulant untuk tahan dari mengantuk

Kelopak bunga yang sudah ditoskan selepas direndam air panas dibungkus 
boleh melegakan gatal-gatal mata (gunakan sebagai tampalan/compress). 

emmm..banyak khasiat nya kan
tapi ..Mummy Ayu suka minum air jer
takde la tau pasal tampal2 nie..
nie dah tau..leh gak try....

Alhamdulillah....

salam & morning kengkawan semua
semalam...semua penjawat awam tersenyum & bersyukur depan tv
bila PM umumkan bonus hari raya
alhamdulillah..
dapat 1/2 bulan gaji 
and dibayar pada 9 ogos..gaji plak 13 ogos
emm..kena jimat2 tu
sbb pas tu gaji 25 sept..
uuuihhh.jauh lagi tu
tq PM!!!
sbb kasi duit raya..

Wednesday, July 25, 2012

Drama sebabak Iris semalam petang

saja suka suka di petang ramadhan nie
jom layan.....



he he he...
selamat berbuka untie-untie semua!!!




Dah sampai dah.....

semalam petang dapat bungkusan nie
emmm..
dah tau dah apa isi dalam
sbb 
memang order
agak2.....apa yer?
novel?
emmmm
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
bukan novel
sbb novel baru order 
and baru buat bayaran
so..maybe next week baru novel2 ku sampai
novel2...
he he he
so..semalam yg sampai ialah
baju untuk Iris
itu dia
dah pakai dah
beli kat FB Eja Razak
actually order dah lama dah
tapi sbb size
and tak urgent pun
so ..tak kisah la sampai lambat pun
and....suka sangat
sbb memang suka design nie
mula2 nak yg skirt tapi tak jadi
so..amik yg seluar
paling suka design kat belakang
ada tali ikat2..
smart tu
and posing cekak pinggang
harus la kan...
alang2 dah sampai nak raya nie
kira jadi baju raya la nie yer...

* Abang Ian ..."Mummy, Ian punya mana?"
alahai..
Ian punya baju takleh beli online lagi dah
sbb Ian dah besar..
kebanyakan baju online sampai 6 tahun jer
Mummy Ayu plak kalu order online
memang akan amik 1 year extra
so..tak dapat la
nanti kita beli ek Ian....


Resepi simple untuk menu bersahur

saja nak share ngan kengkawan
beberapa menu yg simple2 
leh la kengkawan try
Bendi Goreng Berempah

bahan2:-
bawang putih - hiris
cili merah - hiris
sedikit ikan bilis
sayur bendi - potong mcm gambar tu
rempah kari
garam
minya

cara2:-
tumis bawang putih, cili merah & ikan bilis. pas tu masukkan rempah kari ngans edikit air.
bila rempah kari tu dah garing, masukkan bendi.
kalau kering sgt, leh letak air sikit. masukkan garam secukup rasa.
bila bendi tu dah lembut & masak....siap.

Terung Goreng Lada Sulah

bahan2:-
terung - potong nipis2
minyak
lada sulah
kicap

cara2:-
goreng terung hingga sedikit garing
pas tu..letak dlm pinggan. taburkan lada sulah secukupnya.
kalau nak pedas, letak lebih sikit.
and tuangkan sedikit kicap.
sedap dimakan time panas2 lagi.

Daging goreng

bahan2:-
daging - hiris nipis2
bawang putih - tumbuk/kisar
halia - tumbuk/ kisar
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam
kunyit
minyak
bawang besar - potong bulat2.

cara2:-
perapkan daging, bawang putih, halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, garam & kunyit.
paling kurang 1/2 jam, tapi kalau lagi lama..lagi sedap.
pas tu..panaskan sikit minyak..than masukkan daging yg dah diperap tu.
biar daging masak & lembut.
than masukkan bawang.
siap.

and last sekali...
telur goreng kicap
he he he..
tak la..acah jer
takkan la nie nak kasi resepi kot

ok..semua resepi yg kat atas nie
simple2...and cepat disediakan
so..sangat sesuai la buat lauk sahur
mcm daging tu plak..
boleh ajer masak malam sebelum tido
bangun pagi tu..panaskan jer

ok..nanti kalau ada respi lagi
Mummy Ayu share kan lagi
selamat mencuba!!!!

PARAM......

balik kerja semalam petang berjaya jugak ke PARAM
(1st time la untuk ramadhan kali nie)
bulan puasa nie..
boss kasi balik kul 4.30 pm
tapi isnin hari tu..balik mcm biasa gak..sbb ada keja
semalam petang baru kuar 4.30 pm
so....sampai seremban awal la
tu yg boleh singgah jab ke PARAM
tapi yg dekat2 area terminal tu jer la
tak besar pun
just sederet gerai2 jer
misi....
of coz la 
mencari idaman hati..
murtabak
jalan2...
penuh harapan
jengah jengah
dari satu gerai ke gerai
emmm..lauk....
nasi kerabu
roti john
mana murtabak nie
and last gerai....
takde jugak
ala..
takde jual murtabak la kat situ
tapi.....of coz tidak la dengan tangan kosong
tu yg beli
karipap besar yg Iris suka tu
and 
popia basah....

sampai rumah
Ibu ajak ke PARAM kat Seremban 2
ala..tak Asar lagi
so..tak follow pun

Karipap gergasi....

salam ramadhan semua
morning!!!
happy wednesday..
wordless ker Mummy Ayu?
oh tidak..
Mummy Ayu manjang ada jer story
he he he
so..semalam petang
antara menu buka puasa
emmmm..
ini dia
karipap gergasi...
besar kan?
1st time Mummy Ayu beli
and Iris punya la suka nak snap2..
suruh Ian .. tapi dia badmood semalam
so..Iris jer la
punya la excited nak makan
bila dah potong2 makan
dia memang suka
walaupun inti karipap tu..pedas sgt
Iris memang tahan pedas...
rasanya..dekat separuh gak la dia makan sorang
"cedap...."

lupa plak nak letak kan harga..
ada yg tanya..
harga karipap besar nie...
RM 3
kisi dia kentang ngan ayam
serius..jumpa la 2,3 ketul isi ayam..besar gak
tu yg Iris suka tu..walaupun pedassss



Tuesday, July 24, 2012

Renung-renungkan


wallahulam
~~~


Belum dapat lagi

kan tadi Mummy Ayu ada cakpa sedikit kuciwa kan puasa so far 3 hari nie la
(lama lagi pun )
nak tau sbb apa?
sbbnya
so far dah 3 hari puasa nie
belum dapat lagi menu fav Mummy Ayu
iaitu...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
murtabak..
yum yum.
besar la pic murtabak nie
dah la besar
jelas plak tu
sila jangan terliur plak yer
Mummy Ayu ngan Ibu Mummy Ayu memang fav murtabak nie
hari2 kalu buka puasa pun takpe
tapi..dah 3 hari dah puasa
lum dapat lagi
sbb nya
belum gie PARAM lagi pun puasa tahun nie
emmmm..
maybe hujung minggu nie la kot kalu nak gie pun
hari2 kerja mcm nie..memang tak la
sampai pun dah kul berapa
kalu mcm tahun lepas..
balik keja..memang wajib singgah punya..tapau makanan
tahun nie..balik...semua dah siap atas meja (rumah Ibu la)
tu la kisah nya....

kengkawan..apa menu fav masa buka puasa???

Nie baru lauk buka puasa

tadi share pic lauk sahur
nie share pic lauk berbuka puasa plak
kurma..of coz la 
harus ada kan
and my fav..yusuf taiyoob
yum yum
and..nie lauk berbuka puasa kat rumah Ibu
hari sabtu
first day puasa hari tu
asam pedas ikan pari..terbaik
tom yam putih..untuk Ian
rendang ayam
sayur guyeng
plus
kuih cucur badak..Ibu buat
cedaapppp
pas tu Ayah bawak balik ..
bubur lambuk
alhamdulillah..
and second day..hari ahad tu
baru buka puasa rumah sendiri
and with cik daddy of coz
(Ibutak join sama sbb gie buka puasa rumah pengantin baru kat KL)
so..menu hari ahad
Mummy Ayu masak sendiri tau

ayam masak merak
daging goreng asparagus
sup sayur
ayam goreng kunyit ..for Ian & Iris
and
spageti sardin penuh kasih sayang untuk cik daddy

kuih..seri muka..Ibu kasi
donut..beli jer

and
menu untuk semalam
hari ketiga buka puasa
pun kat rumah Ibu
v
v
v
v
tak snap2 pun
sbb sampai rumah pun dah dekat kul 7
:-(
so..menu semalam
sambal udang
sayur guyeng
ikan guyeng
ayam guyeng
kuih cek mek molek

emm...yum yum...
tapi kan..
sedikit frust la
nak tau kenapa?
jab lagi share yer..

Nie lauk sahur ker berbuka nie?

salam and morning
(still morning lagi..kul 11 baru)
lambat lagi buat entry hari nie
internet down 
~~~
ok..jom layan pic makan dulu
nie pic lauk2 sahur pagi tadi
emmm..banyak jenis kan?
mcm nak buka puasa dah rasanya
yg penting..and of coz
bukan Mummy Ayu yg masak la
he he he
Mummy Ayu tolong2 jer..
malam semalam tido rumah Ibu Mummy Ayu
cik Daddy tak balik
dua minggu sekali/ 2 kali..dia akan kena duty
so..time duty....dia biasanya tak balik
so..Mummy Ayu selalunya akan stay rumah Ibu jer
and pagi tadi..1st time la kira sahur kat rumah Ibu
Ibu bangun 4.10 am
Mummy Ayu bangun 4.20 am
kira ok la kan
tengok..mcm2 Ibu masak
daging nie jer masak malam tadi sebelum tido
so..just panaskan jer
yg lain.semua masak pagi tadi
sup.....kira lauk untuk Iris sekali la ni
terung ..yum yum...
ayam guyeng..untuk Ian and Iris of coz
telur kicap
semalam tengok kat blog Filla..terlur
so..pagi nie..layan la
ikan bilis guyeng
yum yum
semua simple2
and sikit2 jer
sahur kan..bukan nak makan banyak sgt pun
rajin tul Ibu
and of coz..rajin gak Mummy Ayu..rajin tolong
Ian..sahur pagi tadi
bad mood sikit
dah lama tu baru ok
malam nie pun tido rumah Ibu jugak
so..esok sahur pun..meriah la makanan
he he he
kalu kat rumah Mummy Ayu
lauk sejenis dua jer
tak pun..layan nasi goreng..senang
semua ada
kengkawan....sahur makan apa yer?