Shoplinks.Asia

Tuesday, March 31, 2015

GST???

kat mana2 sekarang nie pun hangat pasal isu GST
bermula esok.....bermula la GST kat Malaysia... 1 april 2015
apa itu GST???

GST (Goods & Service Tax - Cukai Barangan & Perkhidmatan), 
yang juga dikenali sebagai VAT (Value added tax - cukai nilai tambah) 
di kebanyakan negara adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat 
ke atas barangan dan perkhidmatan.

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan. 

GST dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rangkaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat runcit pengagihan. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rangkaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana GST yang dibayar ke atas input perniagaan boleh dituntut.

Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar  cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau
resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia (GST) pada mulanya dicadangkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2011 untuk menggantikan cukai yang sedia ada (  cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan ) , tetapi telah mendapat tentangan  daripada banyak pihak kerana implikasi kenaikan harga yang jelas pada harga barangan dan perkhidmatan dan juga disebabkan oleh kekurangan maklumat dan penjelasan mengenai sistem penggunaan cukai di Malaysia.
Kadar GST yang dicadangkan adalah sebanyak 6% yang bakal bermula pada 1 April 2015.
ni kira rendah sbb GST di negara2 lain..lagi tinggi

emm...ok ke tak ok GST nie...?
sama2 la kita tunggu
tapi..apa yg Mummy Ayu leh kata..
GST lum mula tapi..harga barang banyak yg dah mula naik
what to say???

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ayu,
redah ja laaaaaaaaaaa
sakit ati hokeyh :P
he3

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno