Largest Mouthwash Rinsing Event

Pada 21 Mac 2015 yg lepas... 
Persatuan Doktor Pergigian Malaysia bersama LISTERINE®, 
Rakan Antarabangsa Hari Kesihatan Mulut Sedunia 
telah menganjurkan acara berkumur pada 
Sabtu 21 Mac dari 10 pagi hingga 10 malam 
di ‘Roadshow’ Hari Kesihatan Mulut Sedunia 
(Ruang Legar Highstreet, Aras G, Pusat Membeli-Belah 1Utama) 
dengan tujuan meningkatkan kesedaran dikalangan rakyat Malaysia 
kepentingan rutin penjagaan mulut yang lengkap termasuk berkumur dengan pengkumur mulut.
Acara ini bertujuan untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records 
“Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)”
dan telah berjaya meraih 2,464 peserta. 




Ben from Fly FM pun datang joint acara berkumur beramai-ramai ni..

“Memberus gigi hanya membersih 25% daripada mulut anda dan ini tidak mencukupi. 
Dengan mengabaikan rutin penjagaan mulut yang lengkap, 
kita mengabaikan satu-satunya perkara yang membolehkan kita makan, minum, 
senyum dan bercakap dengan yakin;
 ini akan menjejaskan kesihatan, perhubungan peribadi, pekerjaan dan juga harga diri kita,”
kata Encik Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Retail, Johnson& Johnson Malaysia.

“Inilah sebabnya LISTERINE® menggunakan gabungan unik empat minyak esensial 
yang terbukti secara klinikal dapat membersih hampir 100% bahagian mulut, 
membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi, nafas berbau dan penyakit gusi. 
Acara berkumur sepanjang hari ini serta aktiviti ‘roadshow’ yang lain adalah peluang terbaik untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang menyeluruh amat penting.”

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comments:

  1. Assalam ayu,
    uwawaawawawawa
    iols tak pernah kukur begitu he3

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...