Shoplinks.Asia

Thursday, May 28, 2015

5 Fakta Dipertimbangkan untuk Perkembangan Menyeluruh Si Manja

sebagai seorang ibu, kita memang nak beri yang terbaik untuk anak2 kita
tak kira la dr segi pemakaian, pembelajaran, permainan
and yang paling penting sekali….pemakanan

selain dr pemakanan…susu merupakan elemen penting dalam tumbesaran anak2..
mcm Ian & Iris nie…
adventure gak nak cari susu yg sesuai utk age diaorang

but…thanx to Dugro
sbb memperkenalkan susu yang baik….untuk anak2 kita..

Proses pertumbuhan anak2 kita merangkumi pelbagai dimensi.
 Oleh itu, mereka memerlukan nutrisi yang penting demi perkembangan tubuh dan otak.

Dugro telah menyenaraikan lima segi tumbesaran utama untuk pertumbuhan kanak dan
disamping makanan seimbang, Dugro membekalkan apa yang anak2 kita perlukan untuk bahagian tumbesaran mereka iaitu …..
1.otak,
2.tulang,
3.sistem imun,
4.penghadaman
5.tisu 

1. Perkembangan Otak
Tahukan anda bahawa otak Si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya? Tidak hairanlah jika sesetengah orang mengumpamakan kanak-kanak bagaikan span yang boleh menyerap segala yang diberi! Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini. 
Selain daripada pertumbuhan anak anda, salah satu kegembiraan sebagai ibu bapa ialah melihat Si Manja bertambah tinggi, kuat, menjadi lebih aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekelilingnya. Inilah perkembangan yang anda tidak akan dapat dilupakan.    

2. Pertumbuhan Tulang
Oleh itu, sewaktu dia bermain bersama kawan-kawannya, memanjat di taman permainan dan meneroka dunia di sekelilingnya, dia harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa.

3. Pertumbuhan Tisu
Proses ini seiring dengan pertumbuhan tisu. Si Manja memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar.


4. Sistem Imun
Di samping itu, Si Manja harus mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya. 

5. Sistem Penghadaman
Penjagaan kesihatan dalaman juga amat penting. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus baik. Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan.

  Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex Dugro® 5-Nutri  telah diperingkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding dengan formulasi terdahulu untuk menyokong perkembangan otak.



so..tunggu apa lagi,
jom kasi anak2 kita minum Dugro® 5-Nutri  setiap hari plus of coz..makanan seimbang
supaya dengan nutrisi yang betul untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran yang positif, mereka mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh dan
dapat mencipta serta meneroka dan mempunyai masa depan yang lebih cerah lagi.
J

No comments:

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno