Apa itu eczema?



Eczema

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi berumur di antara 2 hingga 6 bulan, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali. Keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan kegatalan jika berpanjangan. Eczema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pergelangan siku dan lutut. Eczema bukan penyakit berjangkit tapi akan mendatangkan ketidakselesaan pada pesakit.


Antara faktor penyebab Eczema adalah daripada faktor fizikal - ahli keluarga yang mempunyai sejarah Eczema, asma atau ellergi rhinitis; dan pemakanan, serta faktor persekitaran - bahan iritasi seperti bahan kimia, cuaca terlalu panas; dan alahan kepada sabun, syampu, bahan pencuci, kosmetik, kulat, hama dan sebagainya.



* next week Mummy Ayu nak organize giveaway utk kengkawan yg ada anak2 masalah eczema
ada produk yg nak dikongsikan..
tunggu key!!

:-)

have a nice weekend!!

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comment:

  1. anak-anak aida ekzema.
    doc kata asma yg kuar dari kulit.
    bukan sesak nafas gitu gitu.
    hu hu hu...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...