Meh, Sandarkan Pada Aku!

ok..review novel lagi
mood baca novel sekarang nie..
DVD korea..ada 2 cita lagi lum tengok
so..jom layan novel jer dulu

kali nie..novel keluaran Karya Seni lagi

Meh Sandarkan Pada Aku!!
hasil karya Aifa Batrisya
(penulis yg sama dgn novel Kahwin Ganti..pun besttau!)

sinopsis kat belakang


Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

and of coz synopsis versi Mummy Ayu....

Afnan Tasneem...seorang student yg tengah buat practical ....
dapat plak penyelia yg...
~ garang
~ macam anti perempuan pun ada
~ manjang serius
~ cakap main lepas jer

and..Tasneem merupakan perempuan yg pertama dia terima parktikal
sbb sebelum nie..semuanya lelaki
and..penyelia dia....Syed Nadzhan

so...bermula la praktikal yg adventure bg Tasneem
dia memang tak sebulu dgn Doktor Syed
ada je salah & silap dia kat mata Doktor Syed tu
dah tu bila marah....ayat yg keluar dari mulut Doktor Syed nie..memang bisa berbisa
manjang la Tasneem tu makan hati, berendam air mata
but..dlm diam....Doktor Syued mcm dah mula suka ngan Tasneem
but of coz la cover line..

muncul plak Adam...student master yg pun dibawah seliaaan Doktor Syed
and dia pun mcm minat gak ngan Tasneem
 Tasneem pun suk gak ngan Adam nie
sbb Adam nie baik, lemah lembut, pandai amik hati...
and of coz..Doktor Syed tak suka ngan situasi nie
but still lagi cover line

tiba2..something happen
yg membuatkan Doktor Syed nie kena tinggal serumah ngan Tasneem
emmmm...

lepas tu plak.....muncul Syed Emir, cousin Doktor Syed
yg pun sama gak suka ngan Tasneem
siap masuk merisik lagi tau
so...
apa reaksi Doktor Syed?
siapa pilihan Tasneem.....
 Doktor Syed, Adam atau Syed Emir?

kena la beli & baca novel nie..

novel nie best, ayat yg simple, tak meleret2..
plus novel nie pun tak tebal sangat
so..memang layan la
J


About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. bagus ayu ni...review buat saya nak beli jek...tapi ada 2 novel lum dibaca lagi...huhuhu

    ReplyDelete
  2. bagus bagus apa lg ek novel yg best? voucher ada lg RM200 :D

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...