One Day You’ll Be Mine

ok..hari nie nak review satu lagi novel
yg Mummy Ayu baru abis baca...
and..novel terbaru gak la dr Karya Seni

One Day You’ll Be Mine
hasil karya Inawza Yusof
keluaran Karya Seni

sinopsis belakang novel...

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!
Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.
“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!
“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.
“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”


and of coz..
synopsis versi Mummy Ayu
Anith Fitriah...heroin dlm novel nie
terpaksa mengikut kehendak ibubapanya bila dijodohkan dengan
seorang duda, Dzul Ehsan
dan segaligus menjadi instant Ibu kepada Aya

tapi Fitri tidak boleh melupakan kisah cinta silamnya
dan terus2 menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya
Nik Afezal dalam satu kemalangan kereta
walaupun 3 tahun dah berlalu

Fitri & Ehsan...just kawin atas kertas jer
bila kat rumah..masing2 bawa hal masing2
dan tak peduli kan antara satu sama lain
and..
yg buat Firi lagi marah bila Ehsan tak peduli jugak dgn anak dia sendiri..Aya
walaupun diaorang kenal sejak kecil......
and memang sejak kecil lagi parents diaorang nak jodohkan...(diaorang nie berjiran)
but bila Ehsan belajar ke luar negara & dia berkahwin dgn pilihan sendiri
& bawa pulang Aya pun sendiri (dah bercerai)
dan Fitri pun bercinta & bertunang dgn org lain
but tunang dia plak meninggal

so..finally parents diaorang jodohkan juga
tapi.....tak lama gak la...tak sampai setahun, diaorang bercerai secara baik
masing2 bawa hal masing2
but Ehsan still mcm tu gak ..tak pedulikan anak dia Aya
which is membuat Fitri makin marah
but Fitri masih gak menajdi Ibu yg baik pada Aya
walaupun dah takde apa2 ngan Ayah Aya

pada masa yg sama..
tiba2 Nik Afezal..tunang Fitri yg dah meninggal tu hidup balik
wah..misteri kan?
rupa2 nya ..Nik tu tak meninggal
But family dia yg buat cerita mcm tu sbb
family Nik nie marah kat Fitri sbb buat anak dia accident
Nik kembali kepada Fitri
and Fitri pun masih sayang pada Nik
both..happy
But...
dalam happy2 tu..
Mcm2 yg jadi...
kisah sebalik kematian Nik
siapa Farisha?
siapa pula Nadha?
ke mana pula Ehsan bawa diri?
and apa rahsia yg selama nie Ehsan sembunyi kan?

emmm..cita nie best..tapi agak berat sikit la
jalan cerita yg panjang but tak meleret2
walaupun novel nie tebal...
tapi kita still nak baca sbb nak tau ending dia
sbb...ending dia tak sangka mcm tu

emm..suspen tak?
so...pada sapa2 yg lum baca..
sila la baca..
ok!!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. ayu, malam tadi kita terjaga jam 2 pagi tau...sebab dok menyambung baca novel suamiku tak romantik tapi autistik tu...alih2 sampai ke pagi tak tido...

    now sangat mengantuk...huwaa

    ReplyDelete
  2. baru pegang novel ni ms dekat MPH minggu lepas dalam berkira2 nak bli ke tak..sebab ianya tebal jadi saya tak beli dulu..amik yang lain yang nipis skit hahaha

    ReplyDelete
  3. tajuk bikin saspen je...rupanya tajuk novel..selamat membaca mummy ayu...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ODYBM. Sangat menghargainya ^^

    P/S: Mohon share ya?

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...