Malang tak berbau

nie cerita isnin petang..
hari nie baru Mummy Ayu berkesempatan nak update kat sini
sbb.. sekarang banyak update guna pinky jer
susah nak copy pic dr FB ke blog 
so..balik rumah Ibu malam semalam...baru update nie.

Isnin petang tu...nak balik keja 
Ibu Mummy Ayu call..nangis2...
cakap rumah Tok Abah kat Penang terbakar
Allahuakbar......
and.laju jer jengah FB..tgk....
pic nie....
lagi la sayu & sedih.
terus ingat kat Pakcik Mat & family yg tinggal kat situ
apa pun...syukur alhamdulillah...
takde melibatkan nyawa 
but.memang sayu la tgk rumah nie.just tinggal tiang mcm nie
memang sehelai sepinggang jer masing2 tinggal.
berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul....
and..Mummy Ayu & family..akan cuba membantu mana yg kami mampu

berita kebakaran nie kuar kat paper online lagi, 
siap mention lagi nama sepupu Mummy Ayu tu...
selain dr rumah arwah Tok Abah Mummy Ayu tu,
ada 2 buah rumah jiran pun terlibat sama dlm kebakaran nie....
GEORGE TOWN: Tindakan pantas seorang remaja lelaki berjaya menyelamatkan adiknya dan dua anak saudara mereka dalam kebakaran di Kampung Syed, Jalan Kelawei di sini hari ini.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, Syed Amirul Ashraf Syed Mohamad, 16, berada di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan sebelum dikejutkan dengan jeritan dua anak saudaranya Wan Mohd Mahathir Wan Sharizal, 3, dan Wan Mohd Mahadi Wan Shahrizal, 4, yang bermain di tingkat bawah.
"Masa itu saya lihat api telah marak dan anak saudara menangis di tangga.
Saya cepat-cepat dukung mereka dan kejutkan adik Syed Amir Kushairy, 13 yang sedang tidur dan bawa mereka semua keluar," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya semasa kejadian kedua ibu bapanya tiada di rumah.
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba Bagan Jermal Abdul Majid Osman berkata lima jentera dari Balai Bomba Jalan Perak, Balai Bomba Bagan Jermal dan Balai Bomba Lebuh Pantai beserta 40 anggota digegas ke tempat kejadian.
sumber : my metro

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. Innalillah..
    Takziah kak atas bencana yg menimpa
    Moga kluarga akak tabah hadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdullah, Ujian Allah.. nasib tak ada yg cedera..

    ReplyDelete
  3. syukur mereka terselamat,itu yg lebih penting.....

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...