Curi-curi Cinta

ok..2 hari.....baru abis baca novel nie...
simpan kat dlm laci opis..dekat nak 2 minggu
nie pun..gara2 layan novel nie..tido kul 1 pagi
tapi...memang terbaik & best la..
novel..Curi-Curi Cinta
hasil karya Siti Rosmizah
keluaran SR Publication
emmm...adik kat opis yang punya...

novel nie tebal sgt..
see....1167 ms
emmmm..

tu yg mcm scary jer nak mula baca
but..sebab adik tu kata best
& sedih
plus bila adik tu cita..emm...novel nie lain dr yg lain
so...harus la kena baca kan..
start hari selasa hari tu....
pagi tadi..baru abis....
emmm...

memang best!!!

jom Mummy Ayu review sikit...
sinopsis belakang novel..
Intan Raihana seorang gadis yang sombong dan angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan dia sanggup buang emak, buang saudara. Visi di atur, Daniel Hakim harus menjadi miliknya walau apa pun yang terjadi. Daniel Hakim begitu membenci gadis ini. Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang dapat melawannya. Daniel Hakim terpaksa menikahi gadis yang amat di benci ini bersama dengan dendam yang berlingkar di hati.

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

emmmm..baca sinopsis jer pun dah..
what? kurang ajar nya Intan tu...kan?
okay.......as usual
sinopsis versi Mummy Ayu

Intan ... watak utama dlm novel nie
dia nie seorang anak yatim...
dia ada Mak yg buta....
and abang Iskandar..yg sgt baik..serius..baik sangat2..
tapi..Intan nie memang kurang ajar...plus materialistik
dia malu nak mengaku..yg dia nie anak org miskin, mak buta, abang keja driver jer
so..dia selalu tipu
konon2 dia anak org kaya la..and bla bla bla

satu hari..dia baru balik dr abis belajar di luar negara
dia tersyok la kat cousin Peggy (kawan Intan masa belajar)......Daniel
Daniel ni of coz la anak org kaya
tu yg Intan minat tu

Daniel plak...dah ada GF...Fiza
and..nak jadi cita, Fiza nei plak cousin kpd Intan tu
emm...

makin la Intan nie beria nak kan Daniel nie
melalui Abg Is..Intan dapat kerja sbg setiausaha sementara kpd Daniel
suka la Intan
but Daniel ..memang dr awal tak suka ngan Intan
but..disebabkan satu perkara
Intan & Daniel..jadi mangsa
mereka berdua terpaksa berkawin..
Intan..suka sgt sbb cita2 dia tercapai
tapi..
Daniel..of coz la sedih sbb terpaksa berpisah ngan Fariza
but...Daniel pun bijak
dia dah plan......nak sedarkan Intan

so..lepas kawin
dia bawa Intan pindah ke rumah yg sgt daif..
konon2 dia nak mulakan hidup baru
tanpa harta papa dia
(Daniel pun ada krisis ngan papa dia)
Intan..of coz la naik angin
ingatkan leh senang2..
sekali...lagi miskin dr dia dulu
sampai kena keja cuci toliet semua la..

mula2 tu Intan bengang jugak laof coz
ada gak dia try menggatal ngan Abg Bad, jiran sebelah rumah dia
but..Daniel marah sgt
emm..jelous?
but..dr situ Intan mula sedar diri
mula insaf..
and..masing2 pun mula sayang each other

baru nak hapy2...
sekali..ada rahsia yg berbongkar
emm..
mengamuk lagi Daniel..
pada hal..time tu..memang bukan salah Intan
Intan dah insaf, dah mula pakai tudung
but..Daniel still tak percaya
ego mengatasi cinta
semua yg Intan buat..nampak salah di mata Daniel

walaupun berbadan dua..Intan dipaksa bekerja 
demi sebidang tanah pusaka abah Intan
dan demi kemaafaan Mak & Abang Is
Intan berkorban....
Intan redha dgn balasan Tuhan
tapi...Intan tekad..takkan terima Daniel walau apa terjadi
sedangkan Daniel....mula rasa berbelah bagi..Fariza atau Intan?

emm..cita nie penuh konflik
kira berat gak la...
but..jalan cerita & penulisan yg sgt menarik
bila dah mula baca, nak terus baca & baca
sbb tak sabar nak tau
apa jadi pas tu..apa ending dia

* bagaimana nasib Intan selepas dia melahirkan anak dia?
* adakah Daniel kembali kepada Intan?
* dapatkan Intan menerima & memaafkan Daniel kalau dia kembali?
kalau nak tau..kena la baca novel Curi Curi Cinta nie..
walaupun tebal
but..sgt2 berbaloi & best..
:-)

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

9 comments:

  1. Mummy Ayu pencinta novel betul...boleh buat library nanti..hehehhe..btw citer korea tu...menangis habis....pstt...siap suh kawan opis yg kaki korea...pun menangis..

    ReplyDelete
  2. CM suka sinopsis versi mummy la..hee..lps ni klau nak tahu ttg satu-satu novel CM nak baca reviewnya kat sini dulu..:)

    ReplyDelete
  3. Baca sinopsis dh rasa best jer..kalau didramakan pun best kan... nak baca sendiri..alahai..mana nak curik masa ntah..huu

    ReplyDelete
  4. Sama la kita.. sy pun baru abis baca novel ni semalam (beli dah lama, masa pesta buku pWTC tu ari). Giler tebal. Tp mmg bes sbb kalo ngelat nak baca ending pun tak boleh sbb takde jawapan apa menda kita nak cari tu. tetap kena baca helaian demi helaian. Hihi.

    ReplyDelete
  5. Omak aih.. Tebalnya.. Lama tak baca novel tebal-tebal ini..

    ReplyDelete
  6. Saya belum baca lagi novel ni. Cuma tengok drama je. Drama dia best cuma geram dengan sikap kurang ajar Intan. Nak carilah novel ni nanti.

    ReplyDelete
  7. suka sgt drama curi2 cnta ni, tak sabar nak nunggu next episod. akak mmg jenis tak suka baca buku tapi sbb drama ni nak cri buku sbb nak tau kesudahan citer... huhuu

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...