Teman Lelaki Upahan

minggu lepas kan Mummy Ayu dah beli novel ni...
percaya tak?
Mummy Ayu start baca sabtu pagi...
sabtu malam tu jugak Mummy Ayu dah abis baca
(bukan straight baca la of coz..sambil menyambil)
2 kali ker 3 kali gak la..ujan air mata ..baca novel ni

memang best sgt
and....harap2 drama dia pun sebest novel ni
sbb pelakon2 nya..boleh tahan..

okay..jom Mummy Ayu cita sikit..
"Teman Lelaki Upahan"
hasil karya ... Azura Rasiddin
keluaran Karya Seni

novel ni..dah lama jugak (April 2014)
tapi..Mummy Ayu yg baru baca..

sinopsis belakang novel...
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

novel ni mengisahkan El...hero cita nie....
seorang chef and owner restoran..
terjebak menerima offer Kyra..utk jadi teman lelaki upahan
atas sebab satu kejadian restorannya

and...atas sebab tertentu jugak..dia menerima tawaran Kyra tu..
dlm masa menjadi teman lelaki upahan tu..El cuba nak ubah sikap & perangai Kyra ni
dr seorang yg sombong dan agak kurang ajar dengan bapa dia

Kyra menjadikan bapanya sebagai musuh since dia kecil..
sbb masa tu..dia selalu dgr mama & papa dia bergaduh until la one day 
mama dia lari tinggalkan dia ngan papa dia jer
so..Kyra salahkan papa dia....sbb mama dia lari
but..dia tak tahu......kisah sebalik kejadian tu

Kyra ni....baru jer clash ngan boyfriend dia...Haidah
sbb Haidar ni..nak kawin dgn pilihan family dia
yg El pulak...baru frust dgn Zarra
awek yg dia minat
but Zarra ni plak...pilih Abg Long dia
so..memang kena la..

berjayakah El mengubah Kyra?
jatuh cinta kah mereka berdua?
emm..kalau nak tau..kena la baca novel ni or tunggu sampai drama ni abis....


Teman Lelaki Upahan..setiap Isnin - Khamis
jam 7 malam di TV 3
drama ni...ada 28 episod
hari ni baru episod 6..kalau tak silap
so..kalau nak start tgk..ok lagi la
so far Mummy Ayu tengok
memang ok..best..
jalan cerita pun sama mcm dlm novel
cuma watak mama Kyra tu..dikembangkan..
kalau dalam novel..dah hujung2 baru dia cerita
tapi dalam drama..awal2 lagi dia dah cerita dah
but..bagus kan..so penonton leh faham..

as usual..Mummy Ayu tak tgk kul 7 tu,
Mummy Ayu rekod..dah malam sikit baru layan
sbb leh lajukan bila part iklan tu
he he he...

antara pelakonnya:-
Ezwan Lufti- Ungku Ismail Aziz (Watak Utama)
Kyra- Siti Elizad (Watak Utama)
Zarra: -Izara Aishah
Adam- Azma Aizal Yusoof
Camie- Izreen Azminda
Azlina- Fazlina Ahmad Daud
Fikrie Bakar- Haidar

selamat menonton!!!

# ps: dah hujung2 nanti cerita ni...sedih sangat..
ready tissue yer..

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...